RSS

Snow 2010





Snow tahun ni turun awal daripada selalu. Biasanya kata orang, UK hanya akan ada snow pada bulan Januari. Tapi tahun lepas, bulan Disember dah ada snow. Tahun ni pula, snow turun lebih awal iaitu dalam bulan November. Pokok-pokok pun tak habis lagi nak menggugurkan daun-daun keringnya untuk musim luruh .. tup tup .. snow dah sampai. Apa-apa hal pun kegiatan harian tetap berjalan seperti biasa. Anak-anak tetap ke sekolah. Yang belajar tetap ke universiti sampai malam. Yang berkerja tetap bekerja. Yang duduk di rumah seperti biasa menjadikan alasan sejuk untuk duduk di dalam duvet .. he he ...

Tahun lepas kami ingat tak dapat lagi melihat, memegang dan merasai kesejukan snow tapi rezeki Allah, ALhamdulillah dapat juga lah kami menikmati nikmat Allah ni. Tak payah lah complaint sejuk tuh sebab dah memang nye snow tu air batu yang halus kan .. kalau tak sejuk tu pelik lah pula ye tak. Tahan aje laaa. Kalau dulu di Malaysia, bila suhu aircond 20C pun dah rasa sejuk sangat dah .. haa .. kat sini merasalah sejuk -5C, -7C .. kadang-kadang mencecah -11C pada waktu malam. Ok la tu daripada tempat lain yang -20C.

Bila dah snow nih selain daripada kesejukan tu yang menusuk ke tulang, ada satu lagi bahayanya iaitu jalan yang licin. Bila snow dah mula mencair tetapi suhu tak cukup 'panas' untuk mengubah snow kepada air, ice licin akan terbentuk di jalan raya dan kaki lima jalan. Bukan sahaja bahaya untuk manusia berjalan .. kereta pun menghadapi nasib yang sama. Sudah beberapa kali kami menyaksikan kereta yang bergerak tak dapat brek dan terus meluncur melanggar kereta yang diletakkan di tepi jalan. Aku pula merasai pengalaman jatuh terlentang semasa berjalan ke kedai. Walaupun dah berjalan sehabis perlahan dan penuh hati-hati .. like a blink of an eye .. alih-alih .. aduh!! Sakitnya Allah saja yang tahu.

Apa pun .. semua ini akan menjadi memori indah buat kami. Enjoying each and every moment while we can.

Nabilah bersama kawan baiknya, Halimah.


Time for snow ball fight!!



Faiz staying away from the others .. I don't like snow!

Aktiviti Cik Li setiap kali nak guna kereta

Main 'Kembang Api' di UK



Pada 7 November 2010 yang lepas jiran depan rumah kami menyambut Deepavali. Seperti tahun-tahun yang lepas, berdentum berdentam bunyi bunga api yang mereka main mengejutkan kami di dalam rumah. Oleh itu kami membuat keputusan untuk join sekali tengok bunga api. Uncle tu memang baik dan bermurah hati memberi budak-budak yang datang untuk menyaksikan 'persembahan' bunga api nya tu bermain bunga api yang kecil. Rezeki tu .. bukan murah tu nak beli bunga api nih. Faiz seperti biasa takut bila dengar bunyi firework yang kuat tu. Sibuk dia ajak masuk rumah dengan pelbagai alasan dia bagi .. "dangerous" lah, "its too loud" lah, "nanti polis datang" lah .. tapi ummi buat tak tau aje la. So nak tak nak dia tengok juga lah firework tu. Tapi bila dah dapat main bunga api seronok lah dia.











Jiran-jiran yang lain pun ramai yang join juga bukan kami sahaja. Baik-baik diorang ni walaupun kita ni bukan kaum dia.

Thank you uncle depan rumah (nama tak tau .. haha). Tahun depan kami tak dapat la merasa main dan tengok bunga api free lagi.. hehe ..

Misi Kasih Palestin 2010

Pada 30 Oktober 2010 yang lepas adik-adik undergrads di Leicester University (LUMS) berkerjasama dengan Majlis Syura Muslimun of East Midlands and South Yorkshire (MSM EMSY) menganjurkan Malam Misi Kasih Palestin bertujuan mengumpul sumbangan yang akan disalurkan kepada rakyat Palestin.

Bagi memeriahkan lagi Charity Dinner malam tersebut, anak-anak Masleics mempersembahkan nasyid (betui ka nasyid?) Maher Zain berjudul "Palestine will be free". Nabilah dan Ammar pun terlibat sama. Sayangnya Faiz seorang je yang tertinggal sebab setiap kali kakak dan abang berlatih nasyid tersebut di Masjid Ar-Rahman, Faiz ikut ummi dan ayah pegi shopping .. he he .. Anyway, inilah video persembahan mereka yang sempat kami rakam.





Faiz's First Days Of School






20hb September 2010 .. hari pertama Faiz mula bersekolah di Highfield's Primary School. Punyalah excited anak ummi ni nak pergi sekolah. Bangga sebab dapat pakai baju uniform sekolah sama macam abang Ammar, ada bookbag sama macam kak Nabilah, ada kasut sekolah warna hitam dan sibuk nak juga bawa bag 'pack lunch' tapi tak dapat sebab Faiz tak makan lunch di sekolah. Bila sampai di sekolah pun seronok sangat sebab banyak mainan sedia menanti. Cikgu semuanya nampak very friendly.. semuanya ceria menyambut kanak-kanak Foundation Stage 1 yang baru nak memulakan alam persekolahan. Faiz memang nampak seronok sangat. Tapi bila Miss Button (cikgu kelas Faiz) membunyikan loceng menandakan semua murid-murid di Foundation Stage perlu masuk ke kelas masing-masing, Faiz mula lah pegang tangan ummi erat-erat sambil berkata "Ummi, don't go. You stay with me, ok". Alahai anak ummi. Kesian sangat kat dia. Tapi ummi terpaksa juga tinggalkan Faiz walaupun Faiz menangis. Risau juga kalau dia menangis lama, tapi Alhamdulillah semuanya ok. Bila jemput Faiz balik 3 jam kemudian, cikgu cakap Faiz happy. Faiz pun seronok bercerita apa dia buat di sekolah. Alhamdulillah. InsyaAllah nanti bila dah biasa dengan sekolah, Faiz tak menangis lagi.

Sehari di Leicester Royal Infirmary.






Ammar



Congratulations Ammar .. Alhamdulillah Ammar berjaya mendapat pingat 'Swimmer of The Week' dari sekolah. Selalunya setiap minggu Ammar merungut kawan-kawannya yang lain di sekolah semua dah dapat medal tu tapi dia tak dapat pun. Setiap minggu Ammar akan bercerita bila balik dari sekolah yang dia dah buat yang terbaik semasa kelas swimmingnya .. tapi tak dapat-dapat juga pingat. Haa .. sekarang .. Alhamdulillah dah dapat pun pingat tu .. seronok tak terkira dia. See Ammar .. I told you that you have soo many talents. Just believe in yourself!

Congratulations Nabilah..

I want this car...

Semalam kami jalan-jalan .. terjumpa satu kedai jual kereta .. saja laa tengok-tengok .. Faiz punya la seronok .. dia ingat nak beli kereta untuk dia la kot .. ha ha .. so .. tengok punya tengok .. Faiz pilih yang ini ..


Nampak je kereta ni .. dia kata .. "wah .. i like this car ... this car is nice!"






'test drive' sekejap ..


ok .. pass .. berkenan .. hehehe ..

"I want this car..You take the black one .. I take this one".. punya lah kecoh Faiz .... tapi bila nak balik .. dia tengok rupanya ayah tak beli pun kereta .. so dengan muka masam dia cakap .. "alaaa ... ayah tak beli car? This car (sambil tunjuk kereta kami) not good .. " .. heh heh .. geli hati kami. Frust la tu .. hmm .. kelakar laa Faiz nih ..

Spring is here!!

Alhamdulillah musim sejuk dah berlalu..and now its SPRING!! Musim yang ditunggu-tunggu kerana dalam musim ini, bumi United Kingdom ini akan di hiasi dengan bunga-bunga yang berwarna-warni..cantik sungguh pemandangan. Suhu pun semakin bertambah panas .. dari suhu yang mencecah -8celcius dalam musim winter, sekarang ni suhu dah naik ke 12c-13 darjah celcius. Panas dah tu bagi kami. Waktu ini juga siangnya menjadi lebih panjang .. subuh dalam pukul 4 pagi lebih kurang dan maghrib pula 8 pm lebih kurang.

Sana sini dapat di lihat bunga daffodils mula menghiasi taman-taman, tepi jalan dan perkarangan rumah. Bunga ni akan keluar menandakan musim spring telah tiba. Ada bermacam warna sebenarnya .. ada warna putih, kuning dan kadang-kadang jingga.







Musim spring juga bermakna aktiviti berbasikal boleh di mulakan setelah lama basikal di simpan sepanjang musim sejuk.



Yang ini pula, nama pokok ni cherry blossom. Punyalah ketinggalan aku ni, dah 3 tahun tinggal kat sini baru la ni tahu apa nama pokok nih .. hehehe. Pokok ni cantik sangat. Bunga penuh satu pokok tu. Kalau jumpa pokok yang lebat bunganya, Subhanallah, memang cantik sangat-sangat. Maha Suci Allah yang menciptakan alam semesta ini.









Yang ni close-up rupa bunga cherry blossom...



Well .. itu saja buat hari ni .. gambar ni semua di ambil di park belakang rumah ni je .. itu aje laa tempat yang kami boleh pegi setiap hari .. hehe .. kalau nak cari bunga-bunga lain .. nak kena ajak cik abang pegi naik kereta. Nanti kalau ada kesempatan kami nak pegi cari bunga tulip pulak lah .. orait.. until then,

Adios amigos.

Snow lagi .. adakah ini yang terakhir buat kami?

Actually dah terlambat sebenarnya nak upload gambar dan buat entry tentang snow nih sebab sekarang dah masuk musim spring pun .. haha .. tapi tak pe .. saja nak share juga.

Tahun ni .. entah berapa kali snow turun .. alhamdulillah. Ada masa turun nipis, ada masa turunnya lebat. Kadang-kadang tu rasa seronok sangat bila nampak snow .. tapi kadang-kadang tu terasa sayu pula hati .. entah bila laa dapat tengok, pegang dan main snow lagi. Entah dapat ke tidak kami main snow lagi pada hujung tahun 2010 ni .. adakah ini kali terakhir kami dapat menikmati keindahan alam ciptaan Allah di bumi UK ni. Semuanya tak sure sebab kami tak tahu berapa lama lagi sepatutnya kami masih tinggal di UK ni. Apa pun ... di doakan semoga urusan PhD suami ku berjalan lancar. Tak kisah la tu dapat main snow lagi ke idak .. yang penting nya dah merasa dah kan .. ALhamdulillah. Lagipun .. sejuk sejuk sangat pun tak besh laaa .. (*_*). 'Hujan' snow di tempat orang .. walaupun best, menakjubkan dan menyeronokkan, best lagi hujan petir di Malaysia .. he he ..


'snowman tu Faiz buat sendiri tau .. terer tak dia .. (^_^)


ini snow blocks yang Nabilah buat


Spinney Hills Park covered with snow.. lovely...


Faiz sitting on a gigantic snowball


Ni masa snow baru nak turun ..

Karipap panas satu!!

Hari ni angin kerajinan melanda so aku pun buat karipap .. hehe .. first time nih buat sendiri. Selalunye tolong mak buat je. Teringat zaman muda-muda dulu .. 10-17 years back ..selepas ayah meninggal dunia, mak selalu buat karipap inti sardin, inti keledek .. dan aku pun bawa ke sekolah untuk di jual kepada kawan-kawan sekelas. Orang lain bawa beg berat ke sekolah penuh buku-buku .. aku bawa beg berat penuh dgn karipap .. hehe.. buku-buku semua galas di tangan aje. Selepas sekolah, jual pula di kuih muih di tepi jalan sampai lah orang daripada MPPJ (Majlis Perbandaran Petaling Jaya waktu itu sekarang dah Majlis Bandaran dah..) datang dan tegur kami kata tak boleh jual di situ sebab tak ada lesen dan permit ... hehe .. nasib baik ler kami budak-budak yang berjual time tu (aku, abang aku dan cousin aku, fauzi)so kami mempergunakanlah muka-muka inncocent kami ni so uncle-uncle MPPJ tu kesian kot he he. Aku kagum dengan mak sebab dia sempat buat macam-macam jenis kuih dalam sehari... karipap, kuih seri muka, pulut serunding, kuih bakar, agar-agar, onde-onde, donut, bingka ubi .. pendek kata penuh la satu meja tu dengan kuih-kuih .. semua mak buat sendiri. Mak memang superwomen. Aku ni entah bila laa nak jadi superwomen nih .. hehe ..

Anyway .. ini lah hasil yang aku dah buat .. ready untuk digoreng



got a 'big' help from my 'little worker'

(please abaikan barang bersepah di belakang tu ... hehe)

selepas goreng ... hmmm .. sodap makan panas-panas .. hehe


ok lah .. until then .. adios monalitos .. (^_^)