RSS

Menanam jiwa tauhid sedari kecil

Menanamkan iman dalam diri anak-anak bukan setakat menghantar mereka ke sekolah-sekolah agama, atau mengajar mereka 6 rukun iman. Itu baru mengajar, belum menanamkan iman lagi. Menanamkan iman memerlukan proses yang jauh lebih mendalam dari itu.

Di antara proses yang paling utama untuk menanamkan iman ini ialah menanamkan rasa bertuhan dalam diri anak-anak. Setelah anak-anak diajar tentang sifat-sifat Tuhan, kita perlulah mengasahnya dalam diri anak-anak sehingga mereka benar-benar dapat rasakan sifat-sifat Tuhan itu. Cara paling mudah untuk melakukannya ialah dengan mengajar dan mengajak anak berhubung dan bercakap-cakap dengan Tuhan dalam setiap keadaan.

Tetapi sebelum itu, anak perlu difahamkan siapa itu Tuhan. Kalau masalah itu ialah masalah yang memerlukan pergantungan, contohnya dia perlukan wang yang lebih untuk peralatan sekolah, ajak anak supaya dia boleh menganggap Tuhan itulah tempat pergantungan yang sebenar-benarnya.

Datangkan hujah-hujah kepada anak, misalnya:
* walaupun kita sebagai ibu yang melahirkannya, tetapi hakikatnya Tuhanlah menciptakan dirinya daripada tiada kepada ada dan memberikan nyawa.

* Kalau ayah pula bekerja keras mencari rezeki untuk keluarganya, maka hakikatnya Tuhanlah yang mengurniakan rezeki itu. Tuhanlah yang menciptakan ayahnya, menyihatkan dan memberi tenaga kepadanya sehingga dia boleh bekerja untuk mencari rezeki. Oleh itu, tempat pergantungan dan tempat meminta sebarang hajat hanyalah kepada Tuhan yang benar-benar berkuasa.

* Begitu juga, ajaklah anak supaya dia boleh menganggap yang Tuhan itulah sebenar-benar kawan di waktu dia dilanda masalah kesunyian, difitnah atau disalah sangka oleh kawan. Dialah kawan yang paling setia. Di setiap waktu, Tuhan akan mendengar aduannya dan Tuhanlah penyelesai segala masalah.

* Kalau kawan ada had masa untuk dia berjumpa, dengan Tuhan tidak ada had masa. Kalau dengan kawan, perlu dia berjumpa di sesuatu tempat, dengan Tuhan, dia tidak perlukan tempat untuk berjumpa. Kalau kadang-kadang kawan tidak mahu atau tidak mampu melayan kerenahnya, Tuhan sentiasa bersedia untuk melayan kerenahnya. Tuhan tidak pernah salah sangka kerana Dia Maha Tahu segala-galanya. Tuhan juga adalah kawan yang paling jujur dan setia kerana Tuhan tidak pernah menganiaya hamba-hamba-Nya.

* Seterusnya, ajaklah anak supaya dia boleh menganggap yang Tuhan itulah raja yang paling berkuasa sewaktu dia takut menegakkan kebenaran, atau menganggap Tuhan itulah pemimpin yang sebenarnya sewaktu dia kebingungan untuk memilih di antara beberapa pilihan.

Apabila dia sudah dapat menganggap yang Tuhan itulah sebenar-benar tempat pergantungan, bahawa Dialah sebenar-benar kawan, raja dan pemimpin, ajaklah si anak alihkan sebarang permintaan, pengaduan, keluhan, ucapan terima kasih, pujian dan apa juga yang bermain di fikiran dan bibirnya kepada Tuhan. Cuma bezanya, kalau dengan manusia, kita perlu bercakap dengan mulut supaya boleh didengari, dengan Tuhan , kita perlu bercakap dengan hati . Kalaupun kita bercakap dengan mulut, ia mesti turut dihayati di dalam hati.

Untuk peringkat permulaan, ajarlah dia cara hendak mengadap dan menyusun kata-katanya kepada Tuhan. Kerana Tuhan itu terlalu jauh lebih hebat dan berjasa berbanding sekalian raja, pemimpin, ibu, ayah dan rakan-rakannya, tentulah perlu beradab sopan ketika hendak mengadap dan membuat permintaan kepada-Nya.


Supaya beradab dengan Tuhan :
1. Mulakan dengan mengaku kita banyak dosa dan kelemahan
2. Berkata-katalah dengan merendah diri dan mengagungkan Tuhan
3. Buatlah permintaan dengan merayu-rayu sebagai bukti kita benar-benar mengharap kepada Tuhan sekaligus merasa diri lemah dan Tuhan sahajalah yang berkuasa
4. Memohonlah dengan bersandarkan kepada keberkatan dan kebesaran Rasulullah SAW supaya doa kita mudah dikabulkan Tuhan.


Contoh kata-kata aduan yang boleh diajarkan kepada anak supaya dipanjatkan kepada Tuhan sewaktu dia ditimpa penyakit:
Ya Allah, wahai Tuhan yang telah menciptakan sekelian alam. Engkaulah Tuhan yang sangat berkuasa. Tidak ada satu pun yang berlaku di alam ini yang tidak Engkau tahu wahai Tuhan. Dan tidak ada penyakit yang Engkau tidak dapat ubatkan wahai Tuhan. Aku minta ampun atas segala dosaku. Atas sebab dosaku itulah Engkau berikan aku penyakit ini, dengan tujuan supaya aku bersabar. Itulah cara Engkau hendak menghapuskan dosa-dosaku itu. Tapi Tuhan, aku ini serba lemah. Aku tidak sanggup menanggung sakit ini lama-lama. Begitulah lemahnya aku wahai Tuhan. Tentu Engkau sangat berkuasa untuk sembuhkan penyakit aku ini. Aku akan makan ubat yang ibu berikan, tetapi Engkau sahaja yang boleh sembuhkan. Tolonglah Tuhan. Tolonglah aku yang banyak dosa ini. Aku tahu Engkau tentu marah kepadaku kerana aku selalu buat jahat. Tetapi kabulkanlah pemintaanku ini dengan berkat kedua ibu dan ayahku yang sangat taat kepada Engkau .


Ajarlah anak bercakap dengan Tuhan dalam keadaan-keadaan yang lain juga, seperti:
* meminta pertolongan Tuhan apabila hendak mengambil peperiksaan
* meminta pertolongan Tuhan kerana susah hendak berbuat baik
* meminta maaf kepada Tuhan apabila rasa bersalah kerana terbuat dosa (contohnya, tertinggal sembahyang)
* mengucapkan terima kasih kepada Tuhan sewaktu mendapat nikmat
* mencari simpati apabila rasa keseorangan bila diketepikan kawan dan lain-lain lagi

Dalam setiap keadaan, ajarlah anak menyusun kata-kata yang sesuai. Lama kelamaan, dia akan pandai menyusun kata-katanya sendiri. Apabila anak-anak terus-menerus diajar supaya bercakap-cakap dengan Tuhan, secara automatik hatinya akan diasak dengan rasa bertuhan, di antaranya merasakan Tuhan itu Maha Mendengar, Tuhan itu Maha Mengetahui, Tuhan itu Maha Penyayang, Tuhan itu Maha Pemurah, Tuhan itu Maha Adil, Tuhan itu Maha Berkuasa dan lain-lain lagi. Inilah sebahagian dari proses menanamkan iman dalam diri anak-anak. Ia boleh ditanam tanpa kita perlu sebut perkataan iman itu sendiri.

Dengan latihan seumpama ini, anak-anak akan membesar dalam suasana cukup peka dan sensitif dengan Tuhan. Bila ini sudah ada, dengan sendirinya dia akan malu dan takut untuk membuat dosa. Dia juga akan begitu sensitif untuk melakukan perkara-perkara yang baik yang akan mengundang pertolongan dan keredhaan Tuhan. Barulah akan muncul semula watak anak-anak yang soleh yang sanggup mengorbankan diri untuk berkhidmat kepada jalan Allah SWT dan mengikut tunjuk ajar dari Rasullullah SAW serta ibu bapanya. InsyaAllah....


sumber : http://www.facebook.com/notes/perkongsian-ilmu-keibubapaan/menanam-jiwa-tauhid-sedari-kecil/310595510940

Faiz oh Faiz



Hari ni aku nak cerita tentang Faiz .. anak bongsu ku (buat masa ini le.. he he)yang berumur 3 tahun. Kalau nak dibandingkan dengan kakaknya dan abangnya, Nabilah dan Ammar, semasa berumur 3 tahun, mereka sudah pandai bercakap dengan terang. Tapi Faiz ni entah kenapa lambat la sikit bercakap. Kalau dia bercakap tu kadang-kadang susah kita nak faham. Nak kata pelat tu .. maybe la juga. Tapi yang ketaranya pada aku dia kompius nak sebut dalam English atau BM. Bila dia bercakap tu bercampur-campur English dan BM. Aku pula entah kenapa dari dulu lagi berat sangat mulut nak berkata-kata dalam English. Alhamdulillah bila husband belajar di United Kingdom ni secara tak langsung anak-anak aku dapat didedahkan kepada bahasa English .. jadi dengan sendirinya mereka dapat faham dan bertutur dalam English dengan baik.

Berbalik kepada Faiz, semenjak dua menjak ni alhamdulillah dia dah banyak pandai bercakap walaupun tak le perfect sangat tapi yang penting kita faham lah apa yang dia nak beritahu tu.Dan yang seronoknya .. dia pandai lah cakap English sedikit sebanyak walaupun kami di rumah tak cakap English dengan dia. Mungkin pada orang lain perkara ni macam remeh je .. sorry laa ye .. tapi aku seronok la dengar dia bercakap sebab aku sendiri kurang converse in English dengan dia .. macam rasa.. "eh .. bila la pula dia reti cakap macam ni" .. hehehe

Satu malam tu, sebelum tidur .. aku saja-saja cerita pada Faiz .. dekat park ada fox .. Faiz cakap "I want to fight fox" .. aku cakap le .. "Faiz strong ke?" Faiz jawab, "I need power", aku jawab "Oh .. nak cari kat mana power tu?" Faiz cakap "Kita beli at carboot!" heh heh heh ..

Semalam, semasa bersiap-siap nak ke sekolah, Faiz cuba nak ambil jacket yang bergantung di belakang pintu tapi tak sampai. Jadi Ammar tolong ambilkan walaupun agak tinggi juga untuk Ammar tapi Ammar berjaya mengambilnya. So Faiz cakap "Yea.. Good job Ammar!" .. hmm .. macam orang tua je beri pujian pada budak-budak.. hehe ..

Pagi tadi pula, dalam perjalanan ke sekolah, kakaknya berbual dengan Faiz .. entah macamana mulanya tapi kemudian kakak kata .."Faiz .. Ammar is not your friend" .. Faiz jawab "No .. Ammar is my friend, my brother", .. aku pun menyampuk lah .. "Ooo kalau macam tu Nabilah is your friend, your sister", Faiz jawab lagi "No .. kakak is a monster!" .. he he he .. geram kakak dengar.

Hmm .. macam tu lah ragam Faiz.. walaupun ayat yang dia cakap tu simple je .. tapi .. cukup buat orang tersenyum dan ketawa ..hmmm.. Faiz .. Faiz ..

Yakjuj dan Makjuj

WASHINGTON — Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi – dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam ...

Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum ‘orang gua’ ini. “Cerita ini harus diberitahu,” kata sumber itu. “Ia terlalu besar untuk disorok”. Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. “Nampaknya mereka seperti kaum yang peramah”, beliau berkata, “Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English”.

“Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world)”, kata sumber itu. “Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati. “Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggai di situ. “Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi”.

Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia – dan juga sedikit perbezaan. “Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa – setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole” “Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi”.

“Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan makhluk ini suatu ketika dahulu – mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama.

Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas. “Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang belia u”. “Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya.. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu”.

Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi – pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar. “Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpestadan bersukaria”, mengikut kata sumber.

“Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi”. NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. “Kami mahu tahu segala-galanya mengenai mereka – apa yang mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia”.

“Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden hari ini secara genetiknya ?” Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole. “Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang.. Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupun peramah dan sanggup bekerjasaman? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah Bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita?

Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa – telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi? Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat dari warta wan , jurucakap White House menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Tetapi beliau telah memberi amaran “mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat”.

Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole – satu inisiatif dimana warta wan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan “teknologi bawah tanah”.

Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington State’s Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi.

Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan kesahihannya. Tetapi samada makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih tidak diketahui.

DARI SURAH AL KAHFI:

Allah menceritakan kisah lelaki itu seperti firman-Nya dalam surah itu: “Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Zulkarnain. Katakanlah: ‘Aku akan bacakan kepadamu cerita mengenainya’. Sesungguhnya Kami memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu, maka dia pun menempuh suatu jalan.

“Hingga apabila dia sampai ke tempat terbenam matahari, dia melihat matahari terbenam di dalam laut berlumpur hitam dan dia mendapati di situ segolongan umat. Kami berkata: ‘Hai Zulkarnain, kamu boleh menyeksa atau boleh berbuat kebaikan terhadap mereka’. Berkata Zulkarnain: ‘Adapun orang yang aniaya maka kami kelak akan mengazabnya dengan azab yang tidak ada taranya’.” (ayat 83 hingga 87)

“Kemudian dia menempuh jalan (yang lain).. Hingga apabila sampai ke tempat terbit matahari (Timur) dia mendapati matahari itu menyinari segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu,” (ayat 89 dan 90).

“Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata: ‘Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu.

orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?’.

Zulkarnain berkata: ‘Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka, berilah aku potongan-potongan besi’.

“Hingga apabila besi itu sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: ‘Tiuplah (api itu)’. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: ‘Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar ku tuangkan ke atas besi panas itu’.

“Maka mereka tidak bisa mendakinya dan mereka tidak bisa (pula) melubanginya. Zulkarnain berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar’,” (ayat 92 hingga 98).

Demikianlah secebis kisah mengenai Zulkarnain. Dalam rentetan perjalanan hidupnya, lelaki itu bertanggungjawab membina tembok bagi menghalang bangsa Yakjuj dan Makjuj mendatangkan angkara kepada manusia. Tembok binaan Zulkarnain itu hanya akan runtuh apabila dunia terlalu hampir dengan kiamat..

http://groups. yahoo.com/ group/malaysiari a/join


Misteri Yakjuj & Makjuj

Misteri: Yakjuj, Makjuj dikurung dalam tembok ajaib
Oleh Nasron Sira Rahim

DI sebalik pembinaan kota besar hasil kemajuan pembangunan dan kemodenan yang melanda hampir seluruh pelusuk dunia hari ini, masih terdapat satu kawasan rahsia di muka bumi ini yang menyimpan ribuan makhluk misteri. Sehingga kini, penerokaan demi penerokaan di seluruh kawasan bumi masih belum menemui wilayah asing itu sekali gus menyebabkan kewujudan makhluk terbabit tidak akan dikenal pasti pengkaji atau manusia umumnya.

Bagaimanapun, kewujudan makhluk itu adalah sahih dan suatu hari nanti, mereka akan muncul juga di hadapan manusia. Akan tetapi, ketika makhluk itu muncul, sudah terlambat untuk manusia berbuat apa-apa lagi. Tiada lagi kajian mengenai sejarah kewujudan atau penyelidikan sains dilakukan terhadap makhluk itu seperti penemuan artifak atau spesies baru ketika ini kerana sewaktu munculnya makhluk dikenali Yakjuj dan Makjuj itu, dunia sudah terlalu hampir dengan kiamat! Sejak dikurung ribuan tahun lalu, kewujudan dan lokasi ‘pusat tahanan’ Yakjuj dan Makjuj masih menjadi misteri kepada manusia.

Bagaimanapun, kewujudan dua makhluk itu adalah pasti lantaran ia dinyatakan dalam al-Quran serta tergolong dalam perkara ghaib yang wajib diimani manusia menerusi tanda besar berlakunya kiamat. Pensyarah Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (API-UM), Prof Madya Dr Fauzi Deraman, berkata Yakjuj dan Makjuj bukanlah berupa haiwan atau spesies lain sebaliknya ia adalah manusia yang berasal daripada keturunan Nabi Adam AS.

Katanya, mengikut hadis, bangsa Yakjuj dan Makjuj berasal daripada keturunan anak lelaki Nabi Nuh AS iaitu Yafis yang berkembang melewati masa sehinggalah Zulkarnain membina tembok bagi menghalang mereka keluar dari lokasi mereka. “Cerita mengenai sejarah Yakjuj dan Makjuj tertera dalam al-Quran menerusi surah al-Kahfi, ayat ke-92 hingga 98 manakala kebangkitan mereka dinyatakan dalam surah an-Anbiyaa’, ayat ke-96 dan 97,” katanya. Allah berfirman menerusi ayat surah al-Kahfi itu: “Kemudian dia (Zulkarnain) menempuh suatu jalan (yang lain lagi).

Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan.. “Mereka berkata: ‘Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?’. “Zulkarnain berkata: ‘Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan peralatan), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka. Berilah aku potongan-potongan besi’. “Hingga apabila besi itu sudah sama rata dengan kedua-dua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: ‘Tiuplah (api itu)’. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: ‘Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar aku tuangkan ke atas besi panas itu. “Maka mereka tidak dapat mendakinya dan mereka tidak dapat melubanginya.

Zulkarnain berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat daripada Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku (kiamat), Dia akan menjadikannya hancur luluh dan janji Tuhanku itu adalah benar’.” Dalam ayat surah an-Anbiyaa’ pula, Allah berfirman: “Hingga apabila dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj; dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. Dan sudah dekatlah kedatangan janji yang benar (kaimat) maka tiba-tiba terbelalaklah mata orang kafir. (Mereka berkata): ‘Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian mengenai ini, bahkan kami adalah orang yang zalim’.”

Dr Fauzi berkata, selain dua surah al-Quran itu, terdapat banyak hadis kuat yang membicarakan mengenai Yakjuj dan Makjuj tetapi terdapat juga perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai ciri-ciri bangsa itu yang tidak diterangkan nas. “Hadis riwayat Imam Ahmad pula menerangkan ciri fizikal Yakjuj dan Makjuj yang antara lain bermuka bulat dan kulit kekuningan seperti wajah kebanyakan penduduk Asia Tengah. “Ulama juga cenderung mengatakan Yakjuj dan Makjuj berasal dan dikurung di benua Asia Tengah berdasarkan tafsiran ayat ke-90 dari surah al-Khafi yang menyebut Zulkarnain sampai ‘di tempat terbit matahari’ iaitu timur dunia,” katanya.

Pendapat lain menambah yang Yakjuj dan Makjuj berkemungkinan berasal daripada bangsa Tartar dan Mongul manakala lokasi tahanan mereka adalah kawasan pergunungan luas Caucasus. Beliau berkata, kebanyakan ulama menyatakan yang bangsa itu terus wujud sehingga kini tetapi dipisahkan daripada dunia manusia oleh Allah SWT menerusi tembok dibina Zulkarnain itu. Katanya, tugas bangsa itu setiap hari sejak ribuan tahun lalu adalah mengorek tembok itu untuk tembus ke dunia manusia tetapi Allah masih menghalang mereka dengan kembali meneguhkan benteng berkenaan sehinggalah hampirnya hari kiamat. “Allah akan mengizinkan tembok itu runtuh dan Yakjuj dan Makjuj bebas ke dunia manusia apabila hampirnya kiamat dan peristiwa itu menjadi satu daripada 10 tanda besar kiamat,” katanya. Yakjuj dan Makjuj juga muncul selepas kematian Dajal yang dibunuh Nabi Isa AS dan bangsa itu akan mendatangkan kerosakan besar di muka bumi.

Kekuatan mereka dikatakan luar biasa dan terlalu hebat sehingga tiada sesiapa yang mampu menewaskan kumpulan itu. “Nabi Isa AS memerintahkan manusia yang masih beriman berlindung di pergunungan bagi mengelak menjadi mangsa Yakjuj dan Makjuj; baginda kemudian berdoa kepada Allah SWT dan Allah membinasakan mereka dengan mengutuskan ulat yang menyerang belakang badan golongan itu sehingga mati. “Selepas bangsa Yakjuj dan Makjuj mati serta menjadi busuk, Allah mengutuskan seekor burung besar untuk mengangkut dan membersihkan mayat itu dari bumi,” katanya.

Menyoroti dalil kewujudan Yakjuj dan Makjuj, manusia seharusnya yakin mempertahankan akidah Islam dan tidak bertangguh memohon keampunan dan keredaan Allah kerana mereka yang masih lalai adalah golongan yang diterangkan dalam surah an-Anbiyaa’ di atas seperti firman-Nya: “(Mereka berkata): ‘Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian mengenai ini, bahkan kami adalah orang yang zalim’.” FAKTA Yakjuj dan Makjuj Ketika kemunculannya, mereka dikatakan akan menuju ke sebuah tasik di Palestin dan akan minum air tasik itu sehingga kering. Memiliki zuriat yang ramai dan dikatakan tidak akan mati sehingga melahirkan lebih 1,000 zuriat.

Tiada siapa mampu menewaskan mereka dan hanya binasa dengan kekuasaan Allah. Muncul selepas turunnya Nabi Isa AS dan Dajal. Dalam sebuah hadis, Rasulullah menyatakan kebimbangannya apabila pada zaman baginda, Yakjuj dan Makjuj dikatakan sudah berjaya menebuk benteng Zulkarnain sebesar bulatan dibentuk ibu jari dan jari telunjuk.

Apa pandangan atau pendapat anda tentang peristiwa di atas ?


sumber dari http://aziziabdullah.blogspot.com/2010/01/tentang-yakjud-makjud.html

Doa buat Mawaddah


Ingat tak hari tu aku ada kaitkan baju dan stokin untuk baby Mawaddah, anak sahabatku di Leicester ini? Ujian Allah ke atas sahabatku, anakandanya kini kurang sihat dan dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi, LRI sejak petang semalam. Di pohon agar sesiapa yang membaca tulisan saya ini tolonglah doakan semoga baby Mawaddah akan kembali sihat dan dapat pulang ke rumah secepat mungkin. Aminn.. aminn ya Allah.

Sejuknyeeeee

Sejuknye dua tiga menjak ni.. winter tahun ni (2009-2010) rasanya yang paling sejuk kot sepanjang hampir 3 tahun di UK ni. Snow asyik turun memanjang .. walaupun nipis la. Suhu pula berlegar sekitar -4 hingga 3 darjah celsius. Time-time macam ni laa teringat sangat kat Malaysia. Alangkah indahnya cuaca panas. Sungguhpun begitu, pengalaman berada dalam cuaca sejuk ni dan dapat tengok, pegang dan main snow memang pengalaman yang paling indah sebenarnya. Tak dapat nak diungkapkan dengan kata-kata betapa cantiknya permandangan di kala snow turun .. padang yang hijau bertukar menjadi putih. Pokok-pokok pun disaluti snowflakes.. memang best lah. Rasa sejuk tidak terasa bila kita sedang leka bermain snow terutama sekali budak-budak lah. Kalau tak dipaksa memang tak mau masuk rumah.

Weather forecast hari ni menunjukkan kawasan kami akan dilanda snow yang agak lebat hari ni dan mungkin esok juga. Tak tau laa tu .. dah berapa kali dah tengok weather forecast ni tapi tak menjadi kenyataan .. hehe .. budak-budak yang kesian tunggu snow turun tapi yang turun nye tak sampai 2 cm .. tak pe la kan .. at least ada laa juga tu.

Alhamdulillah .. snow pun turun juga .. walaupun tak le setebal macam tempat-tempat lain di UK .. tapi ok laa ... ini lah gambar-gambar yang sempat di ambil.