RSS

Congratulations Nabilah..

I want this car...

Semalam kami jalan-jalan .. terjumpa satu kedai jual kereta .. saja laa tengok-tengok .. Faiz punya la seronok .. dia ingat nak beli kereta untuk dia la kot .. ha ha .. so .. tengok punya tengok .. Faiz pilih yang ini ..


Nampak je kereta ni .. dia kata .. "wah .. i like this car ... this car is nice!"






'test drive' sekejap ..


ok .. pass .. berkenan .. hehehe ..

"I want this car..You take the black one .. I take this one".. punya lah kecoh Faiz .... tapi bila nak balik .. dia tengok rupanya ayah tak beli pun kereta .. so dengan muka masam dia cakap .. "alaaa ... ayah tak beli car? This car (sambil tunjuk kereta kami) not good .. " .. heh heh .. geli hati kami. Frust la tu .. hmm .. kelakar laa Faiz nih ..

Spring is here!!

Alhamdulillah musim sejuk dah berlalu..and now its SPRING!! Musim yang ditunggu-tunggu kerana dalam musim ini, bumi United Kingdom ini akan di hiasi dengan bunga-bunga yang berwarna-warni..cantik sungguh pemandangan. Suhu pun semakin bertambah panas .. dari suhu yang mencecah -8celcius dalam musim winter, sekarang ni suhu dah naik ke 12c-13 darjah celcius. Panas dah tu bagi kami. Waktu ini juga siangnya menjadi lebih panjang .. subuh dalam pukul 4 pagi lebih kurang dan maghrib pula 8 pm lebih kurang.

Sana sini dapat di lihat bunga daffodils mula menghiasi taman-taman, tepi jalan dan perkarangan rumah. Bunga ni akan keluar menandakan musim spring telah tiba. Ada bermacam warna sebenarnya .. ada warna putih, kuning dan kadang-kadang jingga.







Musim spring juga bermakna aktiviti berbasikal boleh di mulakan setelah lama basikal di simpan sepanjang musim sejuk.



Yang ini pula, nama pokok ni cherry blossom. Punyalah ketinggalan aku ni, dah 3 tahun tinggal kat sini baru la ni tahu apa nama pokok nih .. hehehe. Pokok ni cantik sangat. Bunga penuh satu pokok tu. Kalau jumpa pokok yang lebat bunganya, Subhanallah, memang cantik sangat-sangat. Maha Suci Allah yang menciptakan alam semesta ini.









Yang ni close-up rupa bunga cherry blossom...



Well .. itu saja buat hari ni .. gambar ni semua di ambil di park belakang rumah ni je .. itu aje laa tempat yang kami boleh pegi setiap hari .. hehe .. kalau nak cari bunga-bunga lain .. nak kena ajak cik abang pegi naik kereta. Nanti kalau ada kesempatan kami nak pegi cari bunga tulip pulak lah .. orait.. until then,

Adios amigos.

Snow lagi .. adakah ini yang terakhir buat kami?

Actually dah terlambat sebenarnya nak upload gambar dan buat entry tentang snow nih sebab sekarang dah masuk musim spring pun .. haha .. tapi tak pe .. saja nak share juga.

Tahun ni .. entah berapa kali snow turun .. alhamdulillah. Ada masa turun nipis, ada masa turunnya lebat. Kadang-kadang tu rasa seronok sangat bila nampak snow .. tapi kadang-kadang tu terasa sayu pula hati .. entah bila laa dapat tengok, pegang dan main snow lagi. Entah dapat ke tidak kami main snow lagi pada hujung tahun 2010 ni .. adakah ini kali terakhir kami dapat menikmati keindahan alam ciptaan Allah di bumi UK ni. Semuanya tak sure sebab kami tak tahu berapa lama lagi sepatutnya kami masih tinggal di UK ni. Apa pun ... di doakan semoga urusan PhD suami ku berjalan lancar. Tak kisah la tu dapat main snow lagi ke idak .. yang penting nya dah merasa dah kan .. ALhamdulillah. Lagipun .. sejuk sejuk sangat pun tak besh laaa .. (*_*). 'Hujan' snow di tempat orang .. walaupun best, menakjubkan dan menyeronokkan, best lagi hujan petir di Malaysia .. he he ..


'snowman tu Faiz buat sendiri tau .. terer tak dia .. (^_^)


ini snow blocks yang Nabilah buat


Spinney Hills Park covered with snow.. lovely...


Faiz sitting on a gigantic snowball


Ni masa snow baru nak turun ..