RSS

Congratulations Nabilah..

I want this car...

Semalam kami jalan-jalan .. terjumpa satu kedai jual kereta .. saja laa tengok-tengok .. Faiz punya la seronok .. dia ingat nak beli kereta untuk dia la kot .. ha ha .. so .. tengok punya tengok .. Faiz pilih yang ini ..


Nampak je kereta ni .. dia kata .. "wah .. i like this car ... this car is nice!"






'test drive' sekejap ..


ok .. pass .. berkenan .. hehehe ..

"I want this car..You take the black one .. I take this one".. punya lah kecoh Faiz .... tapi bila nak balik .. dia tengok rupanya ayah tak beli pun kereta .. so dengan muka masam dia cakap .. "alaaa ... ayah tak beli car? This car (sambil tunjuk kereta kami) not good .. " .. heh heh .. geli hati kami. Frust la tu .. hmm .. kelakar laa Faiz nih ..

Spring is here!!

Alhamdulillah musim sejuk dah berlalu..and now its SPRING!! Musim yang ditunggu-tunggu kerana dalam musim ini, bumi United Kingdom ini akan di hiasi dengan bunga-bunga yang berwarna-warni..cantik sungguh pemandangan. Suhu pun semakin bertambah panas .. dari suhu yang mencecah -8celcius dalam musim winter, sekarang ni suhu dah naik ke 12c-13 darjah celcius. Panas dah tu bagi kami. Waktu ini juga siangnya menjadi lebih panjang .. subuh dalam pukul 4 pagi lebih kurang dan maghrib pula 8 pm lebih kurang.

Sana sini dapat di lihat bunga daffodils mula menghiasi taman-taman, tepi jalan dan perkarangan rumah. Bunga ni akan keluar menandakan musim spring telah tiba. Ada bermacam warna sebenarnya .. ada warna putih, kuning dan kadang-kadang jingga.







Musim spring juga bermakna aktiviti berbasikal boleh di mulakan setelah lama basikal di simpan sepanjang musim sejuk.



Yang ini pula, nama pokok ni cherry blossom. Punyalah ketinggalan aku ni, dah 3 tahun tinggal kat sini baru la ni tahu apa nama pokok nih .. hehehe. Pokok ni cantik sangat. Bunga penuh satu pokok tu. Kalau jumpa pokok yang lebat bunganya, Subhanallah, memang cantik sangat-sangat. Maha Suci Allah yang menciptakan alam semesta ini.









Yang ni close-up rupa bunga cherry blossom...



Well .. itu saja buat hari ni .. gambar ni semua di ambil di park belakang rumah ni je .. itu aje laa tempat yang kami boleh pegi setiap hari .. hehe .. kalau nak cari bunga-bunga lain .. nak kena ajak cik abang pegi naik kereta. Nanti kalau ada kesempatan kami nak pegi cari bunga tulip pulak lah .. orait.. until then,

Adios amigos.

Snow lagi .. adakah ini yang terakhir buat kami?

Actually dah terlambat sebenarnya nak upload gambar dan buat entry tentang snow nih sebab sekarang dah masuk musim spring pun .. haha .. tapi tak pe .. saja nak share juga.

Tahun ni .. entah berapa kali snow turun .. alhamdulillah. Ada masa turun nipis, ada masa turunnya lebat. Kadang-kadang tu rasa seronok sangat bila nampak snow .. tapi kadang-kadang tu terasa sayu pula hati .. entah bila laa dapat tengok, pegang dan main snow lagi. Entah dapat ke tidak kami main snow lagi pada hujung tahun 2010 ni .. adakah ini kali terakhir kami dapat menikmati keindahan alam ciptaan Allah di bumi UK ni. Semuanya tak sure sebab kami tak tahu berapa lama lagi sepatutnya kami masih tinggal di UK ni. Apa pun ... di doakan semoga urusan PhD suami ku berjalan lancar. Tak kisah la tu dapat main snow lagi ke idak .. yang penting nya dah merasa dah kan .. ALhamdulillah. Lagipun .. sejuk sejuk sangat pun tak besh laaa .. (*_*). 'Hujan' snow di tempat orang .. walaupun best, menakjubkan dan menyeronokkan, best lagi hujan petir di Malaysia .. he he ..


'snowman tu Faiz buat sendiri tau .. terer tak dia .. (^_^)


ini snow blocks yang Nabilah buat


Spinney Hills Park covered with snow.. lovely...


Faiz sitting on a gigantic snowball


Ni masa snow baru nak turun ..

Karipap panas satu!!

Hari ni angin kerajinan melanda so aku pun buat karipap .. hehe .. first time nih buat sendiri. Selalunye tolong mak buat je. Teringat zaman muda-muda dulu .. 10-17 years back ..selepas ayah meninggal dunia, mak selalu buat karipap inti sardin, inti keledek .. dan aku pun bawa ke sekolah untuk di jual kepada kawan-kawan sekelas. Orang lain bawa beg berat ke sekolah penuh buku-buku .. aku bawa beg berat penuh dgn karipap .. hehe.. buku-buku semua galas di tangan aje. Selepas sekolah, jual pula di kuih muih di tepi jalan sampai lah orang daripada MPPJ (Majlis Perbandaran Petaling Jaya waktu itu sekarang dah Majlis Bandaran dah..) datang dan tegur kami kata tak boleh jual di situ sebab tak ada lesen dan permit ... hehe .. nasib baik ler kami budak-budak yang berjual time tu (aku, abang aku dan cousin aku, fauzi)so kami mempergunakanlah muka-muka inncocent kami ni so uncle-uncle MPPJ tu kesian kot he he. Aku kagum dengan mak sebab dia sempat buat macam-macam jenis kuih dalam sehari... karipap, kuih seri muka, pulut serunding, kuih bakar, agar-agar, onde-onde, donut, bingka ubi .. pendek kata penuh la satu meja tu dengan kuih-kuih .. semua mak buat sendiri. Mak memang superwomen. Aku ni entah bila laa nak jadi superwomen nih .. hehe ..

Anyway .. ini lah hasil yang aku dah buat .. ready untuk digoreng



got a 'big' help from my 'little worker'

(please abaikan barang bersepah di belakang tu ... hehe)

selepas goreng ... hmmm .. sodap makan panas-panas .. hehe


ok lah .. until then .. adios monalitos .. (^_^)

Untuk Renungan bersama

Hargailah

Ramai lelaki terlupa untuk menghargai perempuan di sekelilingnya. Mungkin disebabkan perempuan itu begitu tabah tidak menunjukkan air mata, mungkin juga lelaki telah kebal dan kalis dengan air mata dan pengorbanan perempuan atau mungkin juga mereka melihat perempuan sama sahaja seperti lelaki. Atau mereka sudah kebal dan tidak melihat perempuan di hadapan mereka istimewa kerana melihat perempuan lain yang ajnabi yang lebih menarik.

Saya hendak menulis tentang lelaki dan perempuan yang memiliki iman.

Bagi manusia yang mempunyai secebis iman, hargailah perempuan kerana perempuan yang beriman itu lebih mahal daripada dunia dan segala isinya. Apabila seorang perempuan beriman menjadi ibu, dia akan menjadi ibu yang terlalu istimewa, meredah segala ujian dengan tabah. Dia akan terus mendoakan anak-anak sepanjang hayatnya seolah-olah hidupnya untuk berdoa. Seorang ibu beriman seolah-olah kekeringan air mata kerana dia mahu anak-anaknya bahagia lalu air matanya tidak tumpah melainkan di hadapan Allah dan di dalam hati. Dia tahu dia mesti kuat supaya anak-anaknya kuat menghadapi kehidupan.

Seorang ibu beriman selalu menahan perasaannya. Dia tahu doanya amat mustajab jadi dia hanya mendoakan yang baik-baik untuk anak-anak walaupun si anak sering melukakan hatinya.

Apabila seorang perempuan beriman menjadi isteri, dia berkorban untuk suami. Kadang-kadang dan banyak ketika si isteri menangis suami tidak tahu. Bertuah si isteri yang mendapat suami beriman kerana suami itu akan melihatnya sebagai amanah ALlah. Suami beriman sangat menghargai isteri, mendidik dan menenangkan isterinya. Amanah Allah ini akan dijaga sebaiknya.

Perempuan bagaimana bijak dan tinggi pendidikannya tetaplah lemah perasaannya, ada ketika dia tidak rasional, mudah marah, mudah benci, mudah lemah dan mudah bersangka-sangka. Jadi, suami beriman akan sentiasa memberi ketenangan, mendidik dan menceriakan keadaan.

Suami beriman tahu isterinya menggadai nyawa di saat melahirkan anak-anak. Hampir sahaja kesakitan melahirkan membuat nyawa melayang. Suami beriman tahu susah isterinya menanggung kandungan 9 bulan,tubuh si isteri mengalami pelbagai perubahan. Kesakitan demi kesakitan yang bertambah sekian hari sudah tidak mampu diceritakan. Jadi isteri hanya memilih pasrah tanpa bercerita satu persatu kesakitannya. Suami yang baik akan sentiasa faham dan cuba memberi keselesaan terutama dengan kata-kata baik yang menenangkan perasaan, sentuhan dan pelukan yang mendamaikan. Sememangnya isteri mengandung perlu ketenangan ditambah dengan amalan-amalan dan zikrullah memohon rahmat Allah.

Lelaki yang keras dan tidak berlembut dengan isteri hanya akan membuatkan isteri semakin menjauhkan diri dan juga berkeras. Isteri akan menyembunyikan perasaan dan rasa. Isteri akan membina tembok kebal dalam dirinya sendiri. Lelaki beriman yang berlembut dengan isteri akan mendapat manfaat yang pelbagai kerana isteri juga tidak berkeras dengannya. Seorang suami yang sentisa memberi kepada ahli keluarganya sendiri dan membuat kebaikan kepada ahli keluarganya akan sentiasa mendapat rahmat Allah dan diluaskan rezeki.

Ramai manusia apabila semakin bertambah tanggungjawab dan kerja, semakin tidak kisah perasaan si isteri. Apa yang penting cukup makan dan pakai. Si isteri juga menjadi semakin kebal, perasaan lembut dan halusnya juga makin terpendam. Isteri tiba-tiba menjadi kuat sendiri. Hati-hatilah apabila suami isteri hidup sebumbung tetapi nafsi-nafsi. Kesibukan masing-masing membuatkan rumah tangga tidak lagi ada mawaddah dan rahmah.

sumber : http://albazrah.blogspot.com/

More Nasyeed ...







Iktiraf - Raihan

25 rasul

Cahaya selawat