RSS

Spring is here!!

Alhamdulillah musim sejuk dah berlalu..and now its SPRING!! Musim yang ditunggu-tunggu kerana dalam musim ini, bumi United Kingdom ini akan di hiasi dengan bunga-bunga yang berwarna-warni..cantik sungguh pemandangan. Suhu pun semakin bertambah panas .. dari suhu yang mencecah -8celcius dalam musim winter, sekarang ni suhu dah naik ke 12c-13 darjah celcius. Panas dah tu bagi kami. Waktu ini juga siangnya menjadi lebih panjang .. subuh dalam pukul 4 pagi lebih kurang dan maghrib pula 8 pm lebih kurang.

Sana sini dapat di lihat bunga daffodils mula menghiasi taman-taman, tepi jalan dan perkarangan rumah. Bunga ni akan keluar menandakan musim spring telah tiba. Ada bermacam warna sebenarnya .. ada warna putih, kuning dan kadang-kadang jingga.







Musim spring juga bermakna aktiviti berbasikal boleh di mulakan setelah lama basikal di simpan sepanjang musim sejuk.



Yang ini pula, nama pokok ni cherry blossom. Punyalah ketinggalan aku ni, dah 3 tahun tinggal kat sini baru la ni tahu apa nama pokok nih .. hehehe. Pokok ni cantik sangat. Bunga penuh satu pokok tu. Kalau jumpa pokok yang lebat bunganya, Subhanallah, memang cantik sangat-sangat. Maha Suci Allah yang menciptakan alam semesta ini.









Yang ni close-up rupa bunga cherry blossom...



Well .. itu saja buat hari ni .. gambar ni semua di ambil di park belakang rumah ni je .. itu aje laa tempat yang kami boleh pegi setiap hari .. hehe .. kalau nak cari bunga-bunga lain .. nak kena ajak cik abang pegi naik kereta. Nanti kalau ada kesempatan kami nak pegi cari bunga tulip pulak lah .. orait.. until then,

Adios amigos.

0 comments: