RSS

Jalan-jalan City Centre

Semalam kami pegi jalan-jalan di City Centre Leicester. Saja laa nak tengok-tengok apa-apa yang boleh dibeli. Ramai juga orang kat sana. Ingatkan dah lepas dari boxing day orang tak de pi shopping lagi.. he he.. Barang-barang masih banyak kalau nak beli. Tapi as i expected, tak de la murah sangat pun. Tak tau laa kot hari boxing day hari tu barang lebih murah ke. Biasanya yang murah sangat tu ialah barang-barang yang diorang nak habiskan stok laa. Kalau kasut ... nak cari saiz pun susah. Tapi .. entahlah . tak tau sebenarnya sebab tak pernah pergi boxing day awal-awal pagi.

Anyway, semalam sempat jugalah budak-budak tu main .. apa nak panggil ye .. macam fun fair lah lebih kurang. Naik le satu round. Sekali naik seorang £1.50. Tiga orang dah £4.50 satu round ... hishh .. tak boleh diikutkan .. kopak duit. Jadi laa naik sekali je .. lepaskan gian.





Faiz macam takut je mula-mula tu tapi lepas tu dia seronok laa. Nabilah dan Ammar memang dah pernah naik tahun lepas, so diorang memang seronok je laa. Ok la ye budak budak .. tahun depan kita naik lagi kalau kita masih ada di Leicester ni dalam bulan Disember .. hehehe..

Boxing Day

Semalam, 26hb Disember ialah hari Boxing Day di UK ni. Semua kawan-kawan di Leicester ni pakat keluar awal-awal pagi pergi membeli belah di tempat-tempat yang mereka rasa mereka nak pergi lah. Dengar cerita kawan-kawan mereka beli macam-macam barang yang memang harganya murah. Hmmm .. Aku je yang tak pergi shopping kot .. entah .. tak rasa excited pun nak pi shopping, maklumlah aku kan 'buta brand'. Memang tak pernah pun tengok barang-barang yang ada brand. Semua beli asal boleh pakai aje. Lagipun pengalaman tahun-tahun lepas pergi shopping .. tak ada apa pun yang boleh di beli sebab rasanya macam mahal jugak je.. budget ciput lah katakan. Orang-orang UK ni sanggup beratur depan kedai seawal 5 pagi untuk shopping kat tempat yang mereka nak shopping .. gigih sungguh. Hmm.. macam-macam hal. Tapi insyaAllah esok lusa aku nak juga lah pergi cari baju-baju untuk budak-budak mana yang sesuai. Masa tu orang dah kurang senang sikit nak memilih.

Macam ni le keadaan kat shopping centre .. penuh sesak orang .. nak beratur untuk bayar aje mau sejam lebih.

My Crochet Project

Dua tiga menjak ni rasa rajin sangat nak meng'crochet' .. maybe sebab excited bila kawan dapat baby girl .. kalau boleh aku nak le baby girl (kalau le aku mengandung lagi laa), sebab dah ada 2 boys ni dan kakak pun kata nak adik girl. SO bila kawan tu dapat baby girl aku pulak laa yg excited, he he he ...Tumpang je laa anak dara orang lain dulu. Anyway.. this time aku crochet baju cardigan dan topi untuk baby pula. Semua pun simple-simple stitches je. Baru belajar lah katakan. It turned out quite well .. rasa seronok laa pulak.



ni bajunye ..

Kalau tengok betul-betul .. ada sedikit ketidaksempurnaan pada baju ni tapi tak reti den nak membetulkannya .. hehe .. (sorry min! next time i crochet baju lain ye utk Mawaddah yg perfect punya).

Yang ni pula topinya .. aku letak 4 'ekor' ladybird



Harapnya Mawaddah muat le nak pakai.. hehe ..

So, insyaAllah next project will be more and more baby booties. Plan nak buat untuk jual tapi kenalah practice sampai betul-betul pro. Kalau sesiapa nak tengok dengan lebih lanjut, pergilah ke http://kaitmengait.blogspot.com ..This is the website i made especially for my crochet projects and anything related to crochet.

School Gold Certificate Assembly and.. Its Snowing !!!!

Today Highfields Primary School had their Golden Certificate Award Assembly to give out certificates for the students who achieved a good level in school for the autumm term. Nabilah got 2 certificates, one for her achievement in swimming and one for her work in school. I am so proud of her! However, Ammar didn't get any certificate this time ..its ok Ammar. There will be more chances next term. InsyaAllah you will get one soon.

While we were in the hall .. snow started to fall outside. Yesterday was soo light but today .. there are lots and lots of snow .. MasyaALlah .. it is sooo beautiful. InsyaAllah i will capture some of the moments with my camera and post it here.



Mukadimah Snow, 17 December 2009

Snow is on the way this year!! Yay!! Seronoknya tak terkira bila nampak snowflakes starts falling down from the sky ... tapi ... hmm .. selama 5-10 minit je turun nya tadi. Walaupun sekejap sangat, tapi ia cukup untuk membuat semua orang (well .. kami je kot .. hehe) excited. Faiz pun terus cari glove, coat dan hat nak pergi luar main snow. Kakak dan abang di sekolah .. so we took a walk slowly up and down the streets .. enjoying whatever we can .. (tak de la banyak pun snow masa tu .. atas kereta aje yg ada .. tempat lain semua dah cair)... dengar khabar malam ni akan turun snow yang lebat.. hmm .. malam la pulak kan .. camne nak main. Esok sekolah pula ... tengoklah macamana nanti. Here are some photos of the 'Mukadimah Snow December, 2009'.



i wish that was our car .. hmmmmm ...





snow yang faiz dapat kumpul .. hehe .. seronok pak cik

'New' Push Chair



Tak idea apa nak story lagi .. so .. saja la nak tunjuk our 'new' push chair. 'New' sebab baru dapat .. tapi actually tak le new as in really new .. apa aku cakap nih .. he he .. sebenarnya kami dapat push chair ni FREE aje .. terima kasih laa kat orang putih ni kan .. bermurah hati sungguh nak kasi barang diorang bila depa rasa dah tak nak guna lagi. Jenama Mothercare .. three wheels tuu .. kalau nak beli mau juga £150-£300 lebih kurang. Memang tak mampu lah nak beli yang baru. Tapi, walaupun 2nd hand .. push chair ni sangat new .. memang macam dia jarang sangat guna lah .. alhamdulillah rezeki Faiz dapat push chair yg selesa kalau dia tertidur ke dalam perjalanan ummi pergi 'shopping-shopping' .. he he .. shopping barang dapur je laa dan kadang-kadang pergi kedai-kedai charity yang berdekatan dengan rumah. Ok .. layan aje laa gambar-gambar ni ye.



Cubaan pertama

Dah lamaaaa sangat teringin nak buat stokin untuk baby by crocheting. Tapi selalu tak jadi sebab kaki faiz dah besar .. tak syesyuai .. soo .. kebetulan ada kawan baru dapat baby girl .. so .. dengan semangat yang berkobar aku pun kait lah stokin ni .. hehe .. pattern sendiri cipta tu .. main hantam aje .. tapi alhamdulillah jadi. Sekarang tengah berusaha nak buat baju sejuk pula .. nanti nanti boleh upload gambar baju tu pula. Semuanya aku buat guna stitch yang sangat simple dan tak complicated lah.. maklumlah belum pro lagi.

Mula-mula tu buat bentuk mcm ni je ...


tapi bila fikir .. nanti pakai sure asyik tercabut je kan .. sooo .. aku pun sambung laa sikit .. jadilah rupa stokin .. macam ni


It turn out quite well and cute. Seronok sangat rasa. Macam aku laa pulak yang dapat baby .. hehe. Well .. bila pergi rumah kawan tu .. dia tunjukkan le hadiah 'kasut' atau 'stokin' yang telah diberikan oleh seorang lagi kawan ... crocheted juga laa .. masyaAllah .. cantik sangat!! Rasa malu laa pulak stokin yang aku buat tak le sehebat berbanding hadiah2 yang dia dapat tu.. hmm .. tak pe lah. Its the thought that counts, right? Harapnya one day i could do something as pretty as that .. insyaAllah.

Birthday Faiz




Birthday ke-3 Faiz .. bulan lepas actually, 22 November tapi lambat sangat nak upload gambar. Anyway .. terasa rajin sikit so buatlah kek coklat untuk dia. The cake didn't turn out that good though .. oven rumah kami ni susah nak control heat nya. Tapi ok laa tu boleh makan. Kak Nabilah yang decorate kek tu dengan chocolate toppings and marshmallows. Thanks kak Nabilah .. You did a good job!



Ni dia birthday boy .. seronok la tu kek dia ada lilin ..

Ammar's Assembly



Semalam Ammar dan murid-murid dari kelas Miss M Patel dan Miss Kaur buat persembahan sempena Hari Krismas yang akan tiba tak lama lagi. Dua tahun lepas Nabilah yang buat persembahan.. tahun ni giliran kelas Ammar pula. Ammar berlakon sebagai 'Wise Man' .. kawan Ammar, Muammar dan Nur Izzah pun berlakon juga .. Muammar sebagai 'Joseph' dan Nur Izzah berlakon sebagai 'Mary' . Sayangnya sekolah Highfields ni tak kasi parents ambil gambar semasa persembahan berlangsung. Boring betul. Katanya ada budak2 yang berlakon tu, parents nye tak kasi gambar anaknya di ambil. So dapat ambil gambar selepas semuanya berakhir aje laa.. anyway .. inilah gambar-gambar yg ada...

Ayat Qursi

FADILAT AYAT AL-KURSI UNTUK MENGATASI SIHIR
(Petikan: Buku tulisan oleh Dr. Amran Kasimin dan Prof Dato Haron Din)


Sihir melibatkan jin - jin yang terdiri daripada iblis dan syaitan. Tanpa penglibatan makhluk ini, manusia tidak berupaya melakukan sihir. Amalan ini adalah tidak berpenghujung, dan akan terus berlaku selagi makhluk yang terlibat dengan amalan ini wujud.

Sifat ikhlas dapat mengelakkan seseorang dari diperdaya oleh syaitan. Ikhlas merupakan kemuncak segala sifat terpuji, yang tidak wujud dalam diri seseorang itu kecuali dengan adanya ilmu, dan amalan, merangkumi amalan wajib dan sunat yang dilakukan terus menerus semata - mata kerana Allah swt. Apabila sifat ikhlas ini berlaku, Allah swt akan mengasihi hamba berkenaan dan akan beri kekuatan kepadanya. Allah akan memperkenankan doanya untuk di beri perlindungan termasuklah perlindungan dari syaitan dan iblis.

Ayat al-Kursi adalah penghulu ayat - ayat Al Quran dan telah diturunkan pada waktu malam. Apabila turun ayat ini, Rasullullah S.A.W memanggil Zaid Bin Thabit menulisnya. Serentak dengan itu setiap berhala yang ada di dalam dunia ini bergoncang, juga setiap raja. Makhkota - makhkota jatuh dari kepala mereka. Syaitan lari bertempiaran dan menyelidik punca berlaku demikian. Akhirnya mereka tiba di Madinah
dan mendapati ayat al-Kursi telah turun.


Fadhilat Ayat Al-Kursi Untuk Kesejahteraan Diri

Kesejahteraan diri merangkumi keselamatan diri daripada kecelakaan akibat penglihatan makhluk - makhluk halus yang terdiri daripada iblis dan syaitan ataupun daripada kejahatan manusia, juga kejahatan manusia yang melibatkan iblis dan syaitan, iaitu sihir:

1. Orang yang membaca ayat al-Kursi selepas menyempurnakan solat fardhu akan dipelihara oleh Allah sehingga solat berikutnya.

2. Allah swt akan menghantar dua malaikat untuk memelihara orang yang membaca ayat al-Kursi ketika berada di tempat pembaringan hingga waktu subuh.

Ketika tidur manusia tidak menyedari kedatangan makhluk yang menyerang, biarpun makhluk itu kecil seperti semut yang mungkin masuk dalam lubang hidung. Tidak berupaya manusia juga mengelak diri dari syaitan & iblis. Amalan sihir dilakukan pada waktu malam. Keupayaan untuk bertindak segera apabila sesuatu yang buruk berlaku tidak dimiliki oleh orang yang sedang tidur. Atas lojik inilah maka orang yang hendak tidur itu perlu membaca doa - doa perlindungan diri.

3. Orang yang membaca ayat al-Kursi selepas solat fardhu akan memelihara keluarga, juga rumah - rumah yanag berhampiran dengannya. Boleh juga dimaksudkan terpelihara dpd binatang yang mudharat, bencana alam, kebakaran dan jahat angkara manusia. Maka, Rasulullah S.A.W. menyuruh setiap orang agar melakukan sesuatu perbuatan dengan menyebut nama Allah oleh kerana iblis dan syaitan tidak berupaya mengangkat atau membuka sesuatu yang ditutup dengan menyebut nama Allah.

4. Allah tidak menegah mereka yang membaca ayat al-Kursi selepas solat fardhu masuk dlm syurga.

5. Barang siapa yang keluar dari rumahnya dengan membaca ayat al-Kursi, maka Allah utuskan tujuh puluh ribu malaikat kepadanya, mereka memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6. Barang siapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya dan menghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari.


7. Barang siapa yang membacanya ketika dalam kesempitan atau kesusahan, Allah akan menolongnya.

Sebagai ulasannya, kita umat Islam hendaklah mengamalkan ayat al-Kursi setiap masa oleh kerana ia mempunyai berbagai - bagai faedah. Alangkah ruginya manusia jika tidak mengambil peluang yang Allah berikan kepada kita yang telah diberitahu olehNya. Semoga berjaya melawan syaitan dan iblis yang sentiasa menghalang kita dari beramal.

Roman Day

Hari ni Nabilah ada Roman's day kat sekolah, so ibu bapa dijemput ke sekolah untuk lihat apa yang budak-budak ni dah buat untuk term ni. Semua orang di minta untuk berpakaian seperti zaman roman lah .. dan budak-budak juga diminta untuk buat satu projek bertemakan Roman .. buat lah apa saja .. buku ke .. model ke .. apa sahajalah. Nabilah buat topi askar Roman .. dan alhamdulillah dapat hadiah no 2. Well .. inilah sedikit gambar sekitar Romans Day di Highfields Primary School, 10 Disember 2009.




ni dia model yang sentiasa ceria memperagakan topi roman gladiators .. he he

Aku Sebutir Pasir

Senandung rindu mendayu
Mengiring langkah yang makin tersungkur
Terlalu jauh pendakian
Begitu tingginya harapan
Bermusim lama mencari
Tak ku temui sampai kini

Tak henti jiwa dipalu
Dugaan demi dugaan menguji
Rebah dan bangun sendirian
Mencari bumbung perteduhan
Mereka riang tertawa
Aku hanya sebatang kara

Perjalanan masa
Mengajar hati
Semakin tabah kini
Di dalam kemarau dan gerimis
Aku tetap tabah mengharungi

Tuhan
Aku bagaikan sebutir pasir
Yang lemah lagi kerdil
Teguhkan keimanan jiwaku
Agar tidak terpesong darimu

Beribu teman ketawa
Payah ku temu
Yang sanggup bersatu
Di dalam susah dalam senang
Yang hadir cuma kepalsuaan
Dugaan demi dugaan
Aku pasrah menadah tangan



He he ... actually ini lirik lagu Fauziah Latiff .. lamaaa dulu lagu ni selalu diputarkan di radio .. masa zaman aku sekolah darjah 6 kot laa .. saja teringat lak kat lagu ni ..

Mak .. I miss you soooo much


Entah le kenapa dua tiga hari ni rasa sayu saja hati. Maybe sebab baru lepas call mak di Malaysia. I really miss her. Masuk hari ni sudah lebih kurang 2 tahun 4 bulan 15 hari aku tak dapat jumpa mak .. cuma dapat dengar suara mak aje. Kekadang terfikir juga .. kesian mak bila dah tua-tua ni dia lonely sangat maklumlah anak tak ramai .. cuma aku dan abang aje. Yang lain semua anak-anak tiri aje. Tapi walaupun anak tiri aku cukup berterima kasih yang amat sangat kepada kakak ku yang seorang tu sebab sangat baik hati dan sudi menjaga kebajikan mak dan menolong abang yang entah bila laa pandai nak berdikari tu dari dulu sampailah sekarang. Dulu sebelum tinggal di rumah kakak, mak tinggal di Johor dan nasib baik lah ada seorang jiran yang sangat baik hati dan selalu menjaga mak. Aku pula jauh beribu batu di negara orang .. dah tu .. tak bekerja .. tak de income .. rasa helpless dan sedih sangat sebab tak dapat nak bantu mak bila dia memerlukan pertolongan. Rasa bersalah menyelubungi hati ini sebab tinggalkan mak lama-lama di Malaysia tu seorang. Walaupun kakak ada untuk tengok-tengokkan mak .. tapi .. hati dan perasaan dia hanya aku seorang saja yang faham. Maafkan Zah, mak .. Zah tak mampu nak buat apa-apa. Hanya doa sahaja yang dapat dipohon kepada Allah SWT semoga mak sihat dan dipanjangkan umur supaya kita dapat berjumpa nanti dan aku dapat berbakti kepada mak. Dan juga .. aku berdoa kepada Allah supaya urusan PhD suamiku berjalan lancar dan di permudahkan Allah supaya kami dapat cepat-cepat balik ke Malaysia .. I miss you Mak! I miss you soo much.

Birthday Card form Queen Elizabeth




Seronok tak kalau kita dapat birthday card dari Sultan ke .. Perdana Menteri ka .. dari sape-sape lah yang berpengaruh kat negara kita? Tentu seronok kan ..Macam tu lah halnya orang kat United Kingdom ni. Warga-warga emas yang berumur lebih 100 tahun akan mendapat Birthday card setiap tahun daripada Queen Elizabeth .. individually signed lagi tu. Well, semalam semasa menonton berita dari BBC News, adalah cerita tentang seorang warga emas ni .. tahun ni umurnya 110 tahun .. fuhh.. tua dah tu tapi masih sihat dan kuat. Ceritanya, setiap tahun dia dapat lah kad ucapan Happy Birthday daripada Queen .. tapi tahun lepas dia rasa tak puas hati dengan kad-kad ucapan yang diterimanya itu .. sebabnya dia kata setiap tahun selama 5 tahun berturut-turut dia dapat kad yang sama patternnya daripada Queen .. boleh tu tak puas hati .. so dia pun hantar surat complain kepada Queen Elizabeth .. minta hantar kad yang lain .. alasannya .. baju yang Queen Elizabeth pakai dalam gambar pada kad yang diterimanya selama ini berwarna kuning dan dia tak berkenan. Boleh tu hantar surat complain kat Queen .. sabar aje laa kan .. dah cukup baik orang tu kasi kad pada dia tiap tahun .. lagi mau demand macam-macam ..hehe .. cuba kalau kat Malaysia orang buat macam tu .. boleh kena buang negeri agaknya .. takpun kena pelempang .. ha ha ..

Anyway ... setelah mendapat surat complain tu .. Prince William pun siap pergi rumah warga emas ni .. minta maaf dan berjanji this year the card will be different .. he he .. bagus betul laa .. sooo .. on ther 110th birthday .. dia dapatlah card yang lain .. kali ini Queen Elizabeth pakai baju warna biru .. tapi aku tengok muka Queen Elizabeth dalam kad yang baru ni macam tak ikhlas je .. hehehe .. kelakar betul laa .. so .. kalau korang nak baca dan tengok video tentang cerita ni boleh laa pergi ke link ini ..

Giant Cili

Ever seen a giant chilli in your life before? Well .. i don't. Sebab tu laa rasa 'ter'jakun la sikit bila jumpa cili sebesar ini. Cili jenis ni nampak je merah menyala dan besar tapi tak pedas beb! Kalau buat sambal belacan tu .. untuk dijadikan colour enhancer je boleh laa .. kalau nak pedas kena laa tambah cili padi banyak-banyak.




Tengok la .. nak dekat sama besar dengan botol kicap kipas udang botol yang besar tau .. bukan botol kecik ..



ni haa .. lagi besar dari muka anak dara den yang comel nih .. he he ..


Vitamin terbaik untuk anak

Pastikan si kecil nikmati diet seimbang, elak makanan ringan

ADAKAH anak anda memerlukan vitamin tambahan dalam diet sehariannya? Apakah beliau cukup khasiat untuk membesar sebagai anak yang sihat dan cerdas?

Inilah persoalan yang sering melingkari minda ramai ibu bapa yang ragu-ragu mengenai keupayaan sendiri dalam memantau pembesaran anak-anak.



Justeru, tidak hairan apabila anak-anak zaman ini disogokkan dengan pelbagai pil bagi menambah kecergasan dan kecerdasan. Tetapi, adakah ini perlu? Tidakkah terlalu awal mendedahkan anak-anak dengan pelbagai vitamin tambahan?

Pakar Runding Kanak-Kanak, Pusat Perubatan Pantai Bangsar, Dr Azam Mohd Noor, berkata cara terbaik untuk memastikan anak-anak mendapat vitamin dan mineral adalah dengan memberinya peluang menikmati pelbagai jenis makanan.

Selain susu, buah-buahan dan sayur-sayuran, masukkan juga kekacang, ikan dan produk tenusu dalam dietnya.

“Memang mudah menyebut diet yang sihat, tetapi kanak-kanak tidak makan seperti mana kita mahu mereka makan. Anak-anak yang cerewet dalam soal pemakanan tidak akan memperoleh vitamin, mineral dan nutrisi penting yang lain,” jelasnya.

Malah ada juga kanak-kanak langsung tidak makan makanan berkhasiat atau sihat. Ada yang lebih cenderung memilih makanan yang diproses dan makanan ringan kurang sihat dan kurang khasiatnya berbanding gula dan kalori.

Dr Azam berkata, anak-anak yang memilih makanan juga tidak mendapat khasiat secukupnya bagi membantu pembesaran mereka. Vitamin dan mineral yang amat penting bagi pembesaran kanak-kanak, secara umumnya boleh diperoleh dalam diet pemakanan seimbang. Tetapi ini sudah pasti menimbulkan masalah kepada kanak-kanak yang suka memilih makanan.

“Kanak-kanak yang tidak mengambil mengambil vitamin dan mineral secukupnya mungkin berhadapan dengan kadar IQ yang rendah berbanding kanak-kanak yang mendapat mineral dan vitamin mencukupi,” katanya.

Jelas Dr Azam, fakta penting yang perlu diketahui ramai adalah usaha meningkatkan tahap IQ kanak-kanak bukan bergantung pada jenis atau vitamin tertentu tetapi gabungan pelbagai vitamin seperti zink, vitamin A dan C.

Bagaimanapun pengambilan makanan tambahan juga harus sesuai dengan keperluan anak-anak kerana pengambilan makanan tambahan yang terlalu banyak sebaliknya boleh menjadi toksik kepada tubuh kanak-kanak.

“Apa yang perlu diketahui, vitamin dan mineral tidak merawat penyakit kecuali jika kanak-kanak mengalami masalah kekurangan vitamin atau mineral,” katanya.

Jika dilihat, makanan tambahan bukan lagi dalam bentuk pil atau kapsul. Ia juga tidak lagi terhad kepada vitamin dan mineral, sebaliknya asid lemak, Omega 3 dan minyak ikan. Ada juga sebahagian makanan tambahan ini dimasukkan dalam susu tepung.

Misalnya, susu formula mengandungi rumusan DHA (asid docasaHexanenoic, sejenis omega 3) yang membantu perkembangan otak kanak-kanak.

Bagaimanapun jelas Dr Azam, vitamin dan mineral dalam susu formula tidak setanding dengan kandungan DHA dalam susu ibu. Tetapi, perlu diingat, jika ibu menyusukan anak tidak mengambil diet yang betul, ini pasti menjejaskan kualiti susu.

“Ramai ibu yang mahu segera kurus selepas pantang dan tidak makan dengan betul. Mungkin mereka akan cepat mendapat bentuk badan asal selepas bersalin tetapi tindakan itu menjejaskan khasiat susu ibu,”

Dr Azam berkata satu lagi makanan tambahan yang mungkin membantu dalam proses pembesaran kanak-kanak adalah probiotik. Anak-anak yang lahir melalui pembedahan kurang terdedah pada bakteria usus yang baik berbanding anak-anak yang dilahirkan nomal.

Pendedahan kepada bakteria usus yang baik membantu dalam proses pencernaan dan melindungi usus sekali gus mengurangkan simptom cirit birit.

INFO: Diet sihat si kecil


Selain susu, buah-buahan dan sayur-sayuran, masukkan juga kekacang, ikan dan produk tenusu dalam makanan anak

Makanan tambahan bukan setakat vitamin dan mineral, tetapi asid lemak, Omega 3 dan minyak ikan

Kanak-kanak kurang vitamin dan mineral secukupnya mungkin berdepan kadar IQ yang rendah

Usaha tingkat tahap IQ bergantung kepada gabungan pelbagai vitamin seperti zink, vitamin A dan C

Awasi pengambilan makanan tambahan. Jika berlebihan boleh menjadi toksik kepada tubuhnya.



Sumber : Berita Harian Online, 16 Nov 2009

School Certificates


Sebahagian sijil-sijil yang Nabilah terima dari sekolah


Sebahagian sijil-sijil yang Ammar terima dari sekolah


Pengalaman yang menyeronokkan selain daripada dapat main snow di bumi UK ni rasanya ialah dapat bersekolah di sini. Sekolah di UK ni amat jauh berbeza dari sekolah di Malaysia. Tentang sistem pembelajaran memanglah tak perlu nak di ulaskan .. sebab dah memang tentu negara lain kan .. takkan sama dengan negara kita. Cuma yang aku suka dan kagum ialah cara dan layanan cikgu di sini. Boleh dikatakan dari guru kelas, guru besar sekolah, guru-guru kelas lain, secretary sekolah.. hatta janitor, tukang masak sekolah.. semuanya kenal anak kita. Kiranya macam one big family lah. Dan yang paling bagusnya ialah .. sekolah di sini bagi penghargaan berbentuk sijil-sijil dan hadiah-hadiah kecil kepada pelajar-pelajar yang tak perlulah cemerlang pun dari segi pelajaran, tapi kepada sesiapa sahaja yang cikgunya rasa wajar diberikan penghargaan, yang telah menunjukkan progress yang baik, yang suka menolong cikgu, even yang membuat cikgu rasa happy hanya kerana pelajar tu senyum (sebab susah nak senyum) ... pun akan dapat penghargaan .. bergantung kepada cikgu lah. Pendek kata .. budak-budak ni rasa sangat dihargai lah .. tak payah le nak skor AAAAAA aje baru cikgu nak sayang.

Ammar di sekolah



ni depan pintu masuk utama sekolah.


ni gambar masa class assembly .. bertajuk Native Americans


As a pirate .. hmm .. apa laa yg depa belajar kat sekolah ni .. jadi pirate la pulak .. ishh ishh ishh ...

Kuronekono Tango




Kimi wa kawaii, Boku no kuroneko
Akai ribonga, Yoku ni au yo
Dakedo tokidoki, tsume wo dashite
Boku no kokoro wo nayamaseru
Kuroneko no tango, tango, tango
Bokuno koibito wa kuroi neko
Kuroneko no tango, tango, tango
Neko no me no you ni, kimagureyo
Lalalalalala lala
nyaao

Suteki na kimi ga, machi wo arukeba
Warui doraneko, koe wo kakeru
Oishii esa ni, ikaretchatte
Atode naitemo, shiranai yo
Kuroneko no tango, tango, tango
Bokuno koibito wa kuroi neko
Kuroneko no tango, tango, tango
Neko no me no you ni, kimagureyo
Lalalalalala lala
nyaao

Yoru no akari ga, minna kietemo
Kimi no hitomi wa, gin no hoshi yo
Kirakira hikaru, kuroneko no me
Yoru wa itsumo, Kimi no mono sa
Kuroneko no tango, tango,tango
Bokuno koibito wa kuroi neko
Kuroneko no tango, tango, tango
Neko no me no you ni, kimagureyo
Lalalalalala lala

Kirakira hikaru, kuroneko no me
Yoru wa itsumo, Kimi no mono sa

Kuroneko no tango, tango, tango
Bokuno koibito wa kuroi neko
Dakedo anmari itazura suruto
Aji no himono wa (nyaao)
Oazukeda yo
Lalalalalala lala

Kawan baru faiz



Cuba teka yang mana satu kawan baru Faiz? Nampak tu sikit punya happy Faiz .. he he ... gambar ini diambil semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu. Kalau nak tahu, kawan Faiz tu ialah si cantik manis cik Maryam Faris. Maryam ni umurnya 9 tahun. Suka sangat melayan Faiz sampai Faiz terlebih-lebih pulak suka berkawan dengan dia. Mana Maryam pergi, Faiz ikut ..Sampai kakak sendiri jeles.. ha ha .. lawak laa pula. Macam-macam ragam budak kecik ni.

Autumn In My Heart




POints To Ponder

Dont Ever Be Angry On your Friends..
Because at the last moments of our life,
We remember not the words of our enemies...
But the silence of our FRIENDS

Kesian Faiz



Hari ni aku nak cerita tentang Faiz, anak ku yang baru berusia 2 tahun 10 bulan. Semalam kami ke kedai beli barang keperluan rumah. Jalan kaki je laa sebab suami kat Jepun sekarang ni ada conference sampai hari ahad.. lagipun memang kedai dekat je. Faiz ni .. dah besar ni makin susah bila nak bawa berjalan ni sebab dia suka nak berlari.. nak jalan sendiri.. memang susah la nak kawal dia. Tapi terpaksa juga lah bawa dia kan. So nak dijadikan cerita semalam masa dah balik ke rumah .. sementara aku nak buka pintu rumah, dia pusing le belakang aku kononnya nak naik car. Aku yg dah kepenatan yang amat ni cepat-cepat je la masukkan kunci pintu dan unlock pintu. Tiba-tiba aku dengar bunyi orang menjerit dengan kuat sangat "HOI!!" Terperanjat aku. Aku pusing belakang .. tengok Faiz dah jatuh. Rupanya dia pegang kereta yang ada orang di dalamnya. Aku cepat-cepat peluk Faiz yang ketakutan. Orang tu pun membebel cakap apa tah aku malas nak dengar ... dalam hati aku menyumpah aje laa .. gila .. ada ke marah kat budak kecik macam tu. Aku terus peluk Faiz dan masuk ke rumah. Punyalah menangis Faiz .. takut. Lepas pujuk-pujuk dia pun tertidur lah. Lepas bangun dari tidur .. bila tanya dia "Faiz nak touch car lagi tak?" muka dia terus berubah macam takut .. "No" katanya. Kesian Faiz. Aku mengaku aku memang bersalah juga sebab tak pegang dia .. tapi memang susah laa .. dah la tengah angkat barang lagi.. penat.. nak buka pintu aje tu .. mmm.. hopefully he learnt his lesson.

Buah strawberry ku dah masak ...yummy

Sebelum ni ada cerita tentang pokok strawberry yang dah berbuah .. lupa nak update gambar buah strawberry yang dah masak ... sedap you .. rasa nanti balik malaysia nak bawa lah pokok buah strawberry ni ...



Trip to Oxford University, 4 July 2009





London Trip, 1 August 2009

Alhamdulillah setelah 2 tahun berkelana kat bumi United Kingdom ni .. akhirnya dapat juga menjejakkan kaki ke kota London. Kami jalan-jalan kali ini ikut kak Anita dan Abg Ghazali sekeluarga. Walaupun cuaca tak berapa molek hari ni ... mendung dan hujan sekali sekala tapi seronok lah juga walaupun penat. Dapat le juga tengok macamana rupanya kota London ni .. rasanya nak kena pegi lagi sekali la sebab banyak tempat tak dapat di lawati memandangkan cuaca tak berapa mengizinkan. Kami bertolak pun agak lambat .. hampir pukul 10 pagi baru bertolak dari Leicester. Destinasi pertama ialah Buckingham Palace. Dapat le tengok guard palace yang famous tu .. yang boleh berdiri tegak tak bergerak langsung tu .. tapi tak dapat tengok dekat-dekat .. tengok dari luar gate aje laa .. hmmm .. maleh laa nak story banyak-banyak ... so tengok aje laa gambarnya ...







Lepas tu pegi Kesington Garden .. Pusing-pusing mengejar Faiz yang ter over seronok asyik nak lari aje .. amik le gambar dekat dengan Royal Albert Hall ..



Lepas tu pergi London Eye .. masa ni dah mula hujan ..



Ada juga 'beca' kat sini ... hehehe ... cuma bezanya pengayuh beca kat sini muda-muda orangnya .. kalau kat malaysia tu orang-orang tua jek selalunya ..



Lepas tu pergi tengok Big Ben secara dekat ...



Kami bertolak balik ke Leicester dalam pukul 9.45 pm lebih kurang .. sampai rumah dalam pukul 12 a.m. lebih .. Penat seh .. tak sempat nak cover semua tempat .. Tak pa ... lain kali pegi lagi... orait .. itu saja buat kali ini .. adios.