RSS
Showing posts with label Leicester. Show all posts
Showing posts with label Leicester. Show all posts

Jalan-jalan City Centre

Semalam kami pegi jalan-jalan di City Centre Leicester. Saja laa nak tengok-tengok apa-apa yang boleh dibeli. Ramai juga orang kat sana. Ingatkan dah lepas dari boxing day orang tak de pi shopping lagi.. he he.. Barang-barang masih banyak kalau nak beli. Tapi as i expected, tak de la murah sangat pun. Tak tau laa kot hari boxing day hari tu barang lebih murah ke. Biasanya yang murah sangat tu ialah barang-barang yang diorang nak habiskan stok laa. Kalau kasut ... nak cari saiz pun susah. Tapi .. entahlah . tak tau sebenarnya sebab tak pernah pergi boxing day awal-awal pagi.

Anyway, semalam sempat jugalah budak-budak tu main .. apa nak panggil ye .. macam fun fair lah lebih kurang. Naik le satu round. Sekali naik seorang £1.50. Tiga orang dah £4.50 satu round ... hishh .. tak boleh diikutkan .. kopak duit. Jadi laa naik sekali je .. lepaskan gian.





Faiz macam takut je mula-mula tu tapi lepas tu dia seronok laa. Nabilah dan Ammar memang dah pernah naik tahun lepas, so diorang memang seronok je laa. Ok la ye budak budak .. tahun depan kita naik lagi kalau kita masih ada di Leicester ni dalam bulan Disember .. hehehe..

Boxing Day

Semalam, 26hb Disember ialah hari Boxing Day di UK ni. Semua kawan-kawan di Leicester ni pakat keluar awal-awal pagi pergi membeli belah di tempat-tempat yang mereka rasa mereka nak pergi lah. Dengar cerita kawan-kawan mereka beli macam-macam barang yang memang harganya murah. Hmmm .. Aku je yang tak pergi shopping kot .. entah .. tak rasa excited pun nak pi shopping, maklumlah aku kan 'buta brand'. Memang tak pernah pun tengok barang-barang yang ada brand. Semua beli asal boleh pakai aje. Lagipun pengalaman tahun-tahun lepas pergi shopping .. tak ada apa pun yang boleh di beli sebab rasanya macam mahal jugak je.. budget ciput lah katakan. Orang-orang UK ni sanggup beratur depan kedai seawal 5 pagi untuk shopping kat tempat yang mereka nak shopping .. gigih sungguh. Hmm.. macam-macam hal. Tapi insyaAllah esok lusa aku nak juga lah pergi cari baju-baju untuk budak-budak mana yang sesuai. Masa tu orang dah kurang senang sikit nak memilih.

Macam ni le keadaan kat shopping centre .. penuh sesak orang .. nak beratur untuk bayar aje mau sejam lebih.

School Gold Certificate Assembly and.. Its Snowing !!!!

Today Highfields Primary School had their Golden Certificate Award Assembly to give out certificates for the students who achieved a good level in school for the autumm term. Nabilah got 2 certificates, one for her achievement in swimming and one for her work in school. I am so proud of her! However, Ammar didn't get any certificate this time ..its ok Ammar. There will be more chances next term. InsyaAllah you will get one soon.

While we were in the hall .. snow started to fall outside. Yesterday was soo light but today .. there are lots and lots of snow .. MasyaALlah .. it is sooo beautiful. InsyaAllah i will capture some of the moments with my camera and post it here.



Mukadimah Snow, 17 December 2009

Snow is on the way this year!! Yay!! Seronoknya tak terkira bila nampak snowflakes starts falling down from the sky ... tapi ... hmm .. selama 5-10 minit je turun nya tadi. Walaupun sekejap sangat, tapi ia cukup untuk membuat semua orang (well .. kami je kot .. hehe) excited. Faiz pun terus cari glove, coat dan hat nak pergi luar main snow. Kakak dan abang di sekolah .. so we took a walk slowly up and down the streets .. enjoying whatever we can .. (tak de la banyak pun snow masa tu .. atas kereta aje yg ada .. tempat lain semua dah cair)... dengar khabar malam ni akan turun snow yang lebat.. hmm .. malam la pulak kan .. camne nak main. Esok sekolah pula ... tengoklah macamana nanti. Here are some photos of the 'Mukadimah Snow December, 2009'.



i wish that was our car .. hmmmmm ...





snow yang faiz dapat kumpul .. hehe .. seronok pak cik

'New' Push Chair



Tak idea apa nak story lagi .. so .. saja la nak tunjuk our 'new' push chair. 'New' sebab baru dapat .. tapi actually tak le new as in really new .. apa aku cakap nih .. he he .. sebenarnya kami dapat push chair ni FREE aje .. terima kasih laa kat orang putih ni kan .. bermurah hati sungguh nak kasi barang diorang bila depa rasa dah tak nak guna lagi. Jenama Mothercare .. three wheels tuu .. kalau nak beli mau juga £150-£300 lebih kurang. Memang tak mampu lah nak beli yang baru. Tapi, walaupun 2nd hand .. push chair ni sangat new .. memang macam dia jarang sangat guna lah .. alhamdulillah rezeki Faiz dapat push chair yg selesa kalau dia tertidur ke dalam perjalanan ummi pergi 'shopping-shopping' .. he he .. shopping barang dapur je laa dan kadang-kadang pergi kedai-kedai charity yang berdekatan dengan rumah. Ok .. layan aje laa gambar-gambar ni ye.



Ammar's Assembly



Semalam Ammar dan murid-murid dari kelas Miss M Patel dan Miss Kaur buat persembahan sempena Hari Krismas yang akan tiba tak lama lagi. Dua tahun lepas Nabilah yang buat persembahan.. tahun ni giliran kelas Ammar pula. Ammar berlakon sebagai 'Wise Man' .. kawan Ammar, Muammar dan Nur Izzah pun berlakon juga .. Muammar sebagai 'Joseph' dan Nur Izzah berlakon sebagai 'Mary' . Sayangnya sekolah Highfields ni tak kasi parents ambil gambar semasa persembahan berlangsung. Boring betul. Katanya ada budak2 yang berlakon tu, parents nye tak kasi gambar anaknya di ambil. So dapat ambil gambar selepas semuanya berakhir aje laa.. anyway .. inilah gambar-gambar yg ada...

Birthday Card form Queen Elizabeth




Seronok tak kalau kita dapat birthday card dari Sultan ke .. Perdana Menteri ka .. dari sape-sape lah yang berpengaruh kat negara kita? Tentu seronok kan ..Macam tu lah halnya orang kat United Kingdom ni. Warga-warga emas yang berumur lebih 100 tahun akan mendapat Birthday card setiap tahun daripada Queen Elizabeth .. individually signed lagi tu. Well, semalam semasa menonton berita dari BBC News, adalah cerita tentang seorang warga emas ni .. tahun ni umurnya 110 tahun .. fuhh.. tua dah tu tapi masih sihat dan kuat. Ceritanya, setiap tahun dia dapat lah kad ucapan Happy Birthday daripada Queen .. tapi tahun lepas dia rasa tak puas hati dengan kad-kad ucapan yang diterimanya itu .. sebabnya dia kata setiap tahun selama 5 tahun berturut-turut dia dapat kad yang sama patternnya daripada Queen .. boleh tu tak puas hati .. so dia pun hantar surat complain kepada Queen Elizabeth .. minta hantar kad yang lain .. alasannya .. baju yang Queen Elizabeth pakai dalam gambar pada kad yang diterimanya selama ini berwarna kuning dan dia tak berkenan. Boleh tu hantar surat complain kat Queen .. sabar aje laa kan .. dah cukup baik orang tu kasi kad pada dia tiap tahun .. lagi mau demand macam-macam ..hehe .. cuba kalau kat Malaysia orang buat macam tu .. boleh kena buang negeri agaknya .. takpun kena pelempang .. ha ha ..

Anyway ... setelah mendapat surat complain tu .. Prince William pun siap pergi rumah warga emas ni .. minta maaf dan berjanji this year the card will be different .. he he .. bagus betul laa .. sooo .. on ther 110th birthday .. dia dapatlah card yang lain .. kali ini Queen Elizabeth pakai baju warna biru .. tapi aku tengok muka Queen Elizabeth dalam kad yang baru ni macam tak ikhlas je .. hehehe .. kelakar betul laa .. so .. kalau korang nak baca dan tengok video tentang cerita ni boleh laa pergi ke link ini ..

Giant Cili

Ever seen a giant chilli in your life before? Well .. i don't. Sebab tu laa rasa 'ter'jakun la sikit bila jumpa cili sebesar ini. Cili jenis ni nampak je merah menyala dan besar tapi tak pedas beb! Kalau buat sambal belacan tu .. untuk dijadikan colour enhancer je boleh laa .. kalau nak pedas kena laa tambah cili padi banyak-banyak.




Tengok la .. nak dekat sama besar dengan botol kicap kipas udang botol yang besar tau .. bukan botol kecik ..



ni haa .. lagi besar dari muka anak dara den yang comel nih .. he he ..


Kawan baru faiz



Cuba teka yang mana satu kawan baru Faiz? Nampak tu sikit punya happy Faiz .. he he ... gambar ini diambil semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu. Kalau nak tahu, kawan Faiz tu ialah si cantik manis cik Maryam Faris. Maryam ni umurnya 9 tahun. Suka sangat melayan Faiz sampai Faiz terlebih-lebih pulak suka berkawan dengan dia. Mana Maryam pergi, Faiz ikut ..Sampai kakak sendiri jeles.. ha ha .. lawak laa pula. Macam-macam ragam budak kecik ni.

Autumn In My Heart




Apakah ini??





Siapa boleh teka apakah ini? Kalau orang yang tinggal di UK atau negara barat yang lain mungkin tau lah apa kacang ni. Dulu masa aku masih lagi kanak-kanak selalu tengok kartun Disney ke ... Looney Tunes ke .. biasanya akan ada lah kacang ini di makan oleh Alvin and the Chipmunks, ataupun apa-apa watak tupai lah. So .. bila dah tua nih .. baru lah dapat tengok secara life rupa bentuk kacang kegemaran tupai ni . . he he .. namanya Acorn (kalau tak silap lah). Kecik je kacang ni .. sayangnya manusia tak boleh makan kalau tak teringin juga nak rasa.

Spiderman?????




Alamak??? Spiderman datang Spinney Hill Park??? I can't believe this?! hehe .. Ammar tu obsessed sangat dengan spiderman sekarang ni. Faiz pun sama nak ikut abangnya. 


Mini garden

Daripada dok saja-saja je kat UK ni .. puas dok fikir apa yang boleh di buat untuk mengisi masa lapang selain daripada menghabiskan masa di depan komputer (he he he) ... so .. i decided to make a mini garden (mini pun jadi la ye tak). Rumah tak de tanah pun sebenarnya .. so tanam dalam pasu aje la. Ini lah pokok-pokok yang ada hasil usaha gigih ummi, nabilah dan ammar ( budak-budak tu sekali sekala tolong le siram pokok-pokok tu). 

Pokok potato

















Pokok Daun Pudina yang dihadiahkan oleh jiranku, kak Aspalila.






















Pokok Tomato yang entah bila nak membesarnya .. he he ..























Pokok Daun Kesum yang telah dihadiahkan oleh kawan, Kak Nor
 Azam.. masa kak nor kasi pokok ni sangat lah besar dan sihat .. tiba kat tanganku .. pokok macam 'merajuk' .. rindu kat kak nor kot sebab kak  nor dah balik Malaysia .. he he ..





















and last but not least, pokok Strawberry... dah berbuah tu tunggu masak je .. hehe..




















Ok la tu kan .. seronok juga tanam pokok ni.