RSS

Birthday Card form Queen Elizabeth




Seronok tak kalau kita dapat birthday card dari Sultan ke .. Perdana Menteri ka .. dari sape-sape lah yang berpengaruh kat negara kita? Tentu seronok kan ..Macam tu lah halnya orang kat United Kingdom ni. Warga-warga emas yang berumur lebih 100 tahun akan mendapat Birthday card setiap tahun daripada Queen Elizabeth .. individually signed lagi tu. Well, semalam semasa menonton berita dari BBC News, adalah cerita tentang seorang warga emas ni .. tahun ni umurnya 110 tahun .. fuhh.. tua dah tu tapi masih sihat dan kuat. Ceritanya, setiap tahun dia dapat lah kad ucapan Happy Birthday daripada Queen .. tapi tahun lepas dia rasa tak puas hati dengan kad-kad ucapan yang diterimanya itu .. sebabnya dia kata setiap tahun selama 5 tahun berturut-turut dia dapat kad yang sama patternnya daripada Queen .. boleh tu tak puas hati .. so dia pun hantar surat complain kepada Queen Elizabeth .. minta hantar kad yang lain .. alasannya .. baju yang Queen Elizabeth pakai dalam gambar pada kad yang diterimanya selama ini berwarna kuning dan dia tak berkenan. Boleh tu hantar surat complain kat Queen .. sabar aje laa kan .. dah cukup baik orang tu kasi kad pada dia tiap tahun .. lagi mau demand macam-macam ..hehe .. cuba kalau kat Malaysia orang buat macam tu .. boleh kena buang negeri agaknya .. takpun kena pelempang .. ha ha ..

Anyway ... setelah mendapat surat complain tu .. Prince William pun siap pergi rumah warga emas ni .. minta maaf dan berjanji this year the card will be different .. he he .. bagus betul laa .. sooo .. on ther 110th birthday .. dia dapatlah card yang lain .. kali ini Queen Elizabeth pakai baju warna biru .. tapi aku tengok muka Queen Elizabeth dalam kad yang baru ni macam tak ikhlas je .. hehehe .. kelakar betul laa .. so .. kalau korang nak baca dan tengok video tentang cerita ni boleh laa pergi ke link ini ..

2 comments:

Ahliahnizam said...

Waa, baguih dok ada queen elizabeth tu ekk. Weh mek .. ko letak le shoutbox, senang org nak tinggal jejak ;D

zah said...

aku tak reti nak cari shout box tu laa.. hehe .. buta it gitu