RSS

Mak .. I miss you soooo much


Entah le kenapa dua tiga hari ni rasa sayu saja hati. Maybe sebab baru lepas call mak di Malaysia. I really miss her. Masuk hari ni sudah lebih kurang 2 tahun 4 bulan 15 hari aku tak dapat jumpa mak .. cuma dapat dengar suara mak aje. Kekadang terfikir juga .. kesian mak bila dah tua-tua ni dia lonely sangat maklumlah anak tak ramai .. cuma aku dan abang aje. Yang lain semua anak-anak tiri aje. Tapi walaupun anak tiri aku cukup berterima kasih yang amat sangat kepada kakak ku yang seorang tu sebab sangat baik hati dan sudi menjaga kebajikan mak dan menolong abang yang entah bila laa pandai nak berdikari tu dari dulu sampailah sekarang. Dulu sebelum tinggal di rumah kakak, mak tinggal di Johor dan nasib baik lah ada seorang jiran yang sangat baik hati dan selalu menjaga mak. Aku pula jauh beribu batu di negara orang .. dah tu .. tak bekerja .. tak de income .. rasa helpless dan sedih sangat sebab tak dapat nak bantu mak bila dia memerlukan pertolongan. Rasa bersalah menyelubungi hati ini sebab tinggalkan mak lama-lama di Malaysia tu seorang. Walaupun kakak ada untuk tengok-tengokkan mak .. tapi .. hati dan perasaan dia hanya aku seorang saja yang faham. Maafkan Zah, mak .. Zah tak mampu nak buat apa-apa. Hanya doa sahaja yang dapat dipohon kepada Allah SWT semoga mak sihat dan dipanjangkan umur supaya kita dapat berjumpa nanti dan aku dapat berbakti kepada mak. Dan juga .. aku berdoa kepada Allah supaya urusan PhD suamiku berjalan lancar dan di permudahkan Allah supaya kami dapat cepat-cepat balik ke Malaysia .. I miss you Mak! I miss you soo much.

1 comments:

Ahliahnizam said...

Salam ...

Mek ..laa, jgn le sedih2. Aku pon jadi emo baca n3 ko. Insya-Allah, aku turut doakan mak ko sentiasa sihat selalu ye.

Taka care