RSS

Boxing Day

Semalam, 26hb Disember ialah hari Boxing Day di UK ni. Semua kawan-kawan di Leicester ni pakat keluar awal-awal pagi pergi membeli belah di tempat-tempat yang mereka rasa mereka nak pergi lah. Dengar cerita kawan-kawan mereka beli macam-macam barang yang memang harganya murah. Hmmm .. Aku je yang tak pergi shopping kot .. entah .. tak rasa excited pun nak pi shopping, maklumlah aku kan 'buta brand'. Memang tak pernah pun tengok barang-barang yang ada brand. Semua beli asal boleh pakai aje. Lagipun pengalaman tahun-tahun lepas pergi shopping .. tak ada apa pun yang boleh di beli sebab rasanya macam mahal jugak je.. budget ciput lah katakan. Orang-orang UK ni sanggup beratur depan kedai seawal 5 pagi untuk shopping kat tempat yang mereka nak shopping .. gigih sungguh. Hmm.. macam-macam hal. Tapi insyaAllah esok lusa aku nak juga lah pergi cari baju-baju untuk budak-budak mana yang sesuai. Masa tu orang dah kurang senang sikit nak memilih.

Macam ni le keadaan kat shopping centre .. penuh sesak orang .. nak beratur untuk bayar aje mau sejam lebih.

0 comments: