RSS

School Certificates


Sebahagian sijil-sijil yang Nabilah terima dari sekolah


Sebahagian sijil-sijil yang Ammar terima dari sekolah


Pengalaman yang menyeronokkan selain daripada dapat main snow di bumi UK ni rasanya ialah dapat bersekolah di sini. Sekolah di UK ni amat jauh berbeza dari sekolah di Malaysia. Tentang sistem pembelajaran memanglah tak perlu nak di ulaskan .. sebab dah memang tentu negara lain kan .. takkan sama dengan negara kita. Cuma yang aku suka dan kagum ialah cara dan layanan cikgu di sini. Boleh dikatakan dari guru kelas, guru besar sekolah, guru-guru kelas lain, secretary sekolah.. hatta janitor, tukang masak sekolah.. semuanya kenal anak kita. Kiranya macam one big family lah. Dan yang paling bagusnya ialah .. sekolah di sini bagi penghargaan berbentuk sijil-sijil dan hadiah-hadiah kecil kepada pelajar-pelajar yang tak perlulah cemerlang pun dari segi pelajaran, tapi kepada sesiapa sahaja yang cikgunya rasa wajar diberikan penghargaan, yang telah menunjukkan progress yang baik, yang suka menolong cikgu, even yang membuat cikgu rasa happy hanya kerana pelajar tu senyum (sebab susah nak senyum) ... pun akan dapat penghargaan .. bergantung kepada cikgu lah. Pendek kata .. budak-budak ni rasa sangat dihargai lah .. tak payah le nak skor AAAAAA aje baru cikgu nak sayang.

0 comments: