RSS
Showing posts with label crochet. Show all posts
Showing posts with label crochet. Show all posts

My Crochet Project

Dua tiga menjak ni rasa rajin sangat nak meng'crochet' .. maybe sebab excited bila kawan dapat baby girl .. kalau boleh aku nak le baby girl (kalau le aku mengandung lagi laa), sebab dah ada 2 boys ni dan kakak pun kata nak adik girl. SO bila kawan tu dapat baby girl aku pulak laa yg excited, he he he ...Tumpang je laa anak dara orang lain dulu. Anyway.. this time aku crochet baju cardigan dan topi untuk baby pula. Semua pun simple-simple stitches je. Baru belajar lah katakan. It turned out quite well .. rasa seronok laa pulak.



ni bajunye ..

Kalau tengok betul-betul .. ada sedikit ketidaksempurnaan pada baju ni tapi tak reti den nak membetulkannya .. hehe .. (sorry min! next time i crochet baju lain ye utk Mawaddah yg perfect punya).

Yang ni pula topinya .. aku letak 4 'ekor' ladybird



Harapnya Mawaddah muat le nak pakai.. hehe ..

So, insyaAllah next project will be more and more baby booties. Plan nak buat untuk jual tapi kenalah practice sampai betul-betul pro. Kalau sesiapa nak tengok dengan lebih lanjut, pergilah ke http://kaitmengait.blogspot.com ..This is the website i made especially for my crochet projects and anything related to crochet.

Cubaan pertama

Dah lamaaaa sangat teringin nak buat stokin untuk baby by crocheting. Tapi selalu tak jadi sebab kaki faiz dah besar .. tak syesyuai .. soo .. kebetulan ada kawan baru dapat baby girl .. so .. dengan semangat yang berkobar aku pun kait lah stokin ni .. hehe .. pattern sendiri cipta tu .. main hantam aje .. tapi alhamdulillah jadi. Sekarang tengah berusaha nak buat baju sejuk pula .. nanti nanti boleh upload gambar baju tu pula. Semuanya aku buat guna stitch yang sangat simple dan tak complicated lah.. maklumlah belum pro lagi.

Mula-mula tu buat bentuk mcm ni je ...


tapi bila fikir .. nanti pakai sure asyik tercabut je kan .. sooo .. aku pun sambung laa sikit .. jadilah rupa stokin .. macam ni


It turn out quite well and cute. Seronok sangat rasa. Macam aku laa pulak yang dapat baby .. hehe. Well .. bila pergi rumah kawan tu .. dia tunjukkan le hadiah 'kasut' atau 'stokin' yang telah diberikan oleh seorang lagi kawan ... crocheted juga laa .. masyaAllah .. cantik sangat!! Rasa malu laa pulak stokin yang aku buat tak le sehebat berbanding hadiah2 yang dia dapat tu.. hmm .. tak pe lah. Its the thought that counts, right? Harapnya one day i could do something as pretty as that .. insyaAllah.