RSS

Snow 2010





Snow tahun ni turun awal daripada selalu. Biasanya kata orang, UK hanya akan ada snow pada bulan Januari. Tapi tahun lepas, bulan Disember dah ada snow. Tahun ni pula, snow turun lebih awal iaitu dalam bulan November. Pokok-pokok pun tak habis lagi nak menggugurkan daun-daun keringnya untuk musim luruh .. tup tup .. snow dah sampai. Apa-apa hal pun kegiatan harian tetap berjalan seperti biasa. Anak-anak tetap ke sekolah. Yang belajar tetap ke universiti sampai malam. Yang berkerja tetap bekerja. Yang duduk di rumah seperti biasa menjadikan alasan sejuk untuk duduk di dalam duvet .. he he ...

Tahun lepas kami ingat tak dapat lagi melihat, memegang dan merasai kesejukan snow tapi rezeki Allah, ALhamdulillah dapat juga lah kami menikmati nikmat Allah ni. Tak payah lah complaint sejuk tuh sebab dah memang nye snow tu air batu yang halus kan .. kalau tak sejuk tu pelik lah pula ye tak. Tahan aje laaa. Kalau dulu di Malaysia, bila suhu aircond 20C pun dah rasa sejuk sangat dah .. haa .. kat sini merasalah sejuk -5C, -7C .. kadang-kadang mencecah -11C pada waktu malam. Ok la tu daripada tempat lain yang -20C.

Bila dah snow nih selain daripada kesejukan tu yang menusuk ke tulang, ada satu lagi bahayanya iaitu jalan yang licin. Bila snow dah mula mencair tetapi suhu tak cukup 'panas' untuk mengubah snow kepada air, ice licin akan terbentuk di jalan raya dan kaki lima jalan. Bukan sahaja bahaya untuk manusia berjalan .. kereta pun menghadapi nasib yang sama. Sudah beberapa kali kami menyaksikan kereta yang bergerak tak dapat brek dan terus meluncur melanggar kereta yang diletakkan di tepi jalan. Aku pula merasai pengalaman jatuh terlentang semasa berjalan ke kedai. Walaupun dah berjalan sehabis perlahan dan penuh hati-hati .. like a blink of an eye .. alih-alih .. aduh!! Sakitnya Allah saja yang tahu.

Apa pun .. semua ini akan menjadi memori indah buat kami. Enjoying each and every moment while we can.

Nabilah bersama kawan baiknya, Halimah.


Time for snow ball fight!!



Faiz staying away from the others .. I don't like snow!

Aktiviti Cik Li setiap kali nak guna kereta

0 comments: